Apabila anak muda mula menjauhi UMNO

Baru-baru ini Pemuda UMNO Malaysia telah mengumumkan penubuhan 6 buah sekretariat bagi tujuan menangani serta meraih kembali sokongan daripada golongan Melayu yang kini telah berpecah belah kepada tiga mazhab politik yang utama iaitu UMNO, PAS, dan PKR. Penubuhan sekretariat-sekretariat ini adalah satu langkah yang bukanlah proaktif, tetapi responsif kepada perkembangan semasa politik tanahair yang menunjukkan kejatuhan populariti UMNO di mata masyarakat berketurunan Melayu di Malaysia. Salah satu sekretariat sementara yang diumumkan adalah Sekretariat Peremajaan UMNO yang dipengerusikan oleh Saudara Harrison Hassan. Di ketika pasca kekalahan terbesar dalam sejarah politik UMNO, sekretariat ini bakal mendepani cabaran dan halangan yang mana kejayaan mahupun kegagalan sekretariat ini akan menentukan jatuh bangun UMNO dalam jangka masa dua hingga tiga penggal persidangan dewan rakyat yang akan datang.

Saya percaya dahulu jika sebut sahaja nama Pemuda UMNO, ada semacam satu aura yang dibawa bersama dalam setiap bantahan, kenyataan media dan juga pada setiap pendirian yang diambil salah satu daripada 3 sayap utama parti UMNO ini. Apabila sesuatu isu besar melanda negara, pandangan umum akan tertumpu kepada apakah bentuk pendirian yang akan diambil generasi pewaris kepimpinan negara ini. Namun begitu, saya juga percaya aura ini tidak timbul dengan sendirinya, tidak wujud ekoran ketebalan poket pemimpin-pemimpin Pemuda tetapi sebaliknya aura ini berlegar di sebalik nama Pemuda kerana ketegasan serta kesetiaan setiap ahli Pemuda kepada gagasan perjuangan parti, dan dasar kerajaan persekutuan demi menjuarai nasib serta agenda Agama, Bangsa dan Negara. Persoalannya, Apakah yang menyebabkan aura ini semakin hari semakin menyusut?

Naluri anak muda itu sukakan perubahan

Apabila anak muda mula menjauhi UMNO.. ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan institusi Pemuda itu sendiri, jika tidak masakan perkara tersebut berlaku. Tidak akan bergoncang pokok kelapa, jika tiada angin yang bertiup kencang, tidak tertegak keris panca warisan, jika tidak ada orang yang menghunusnya. Saya melihat kehilangan sokongan serta minat anak muda untuk mendekati UMNO adalah kerana mereka sendiri tidak didekati. Mendekati golongan muda ini mudah sahaja, iaitu kena ikut gaya dan stail orang muda itu sendiri, kata orang Kelantan kena pandai ‘main angin’.

Maksud saya disini bukan hiburan ataupun hedonisme melampau (yang juga merupakan gaya hidup anak muda masakini), tetapi apa yang penting adalah naluri ataupun lumrah golongan muda yang suka kepada perubahan ataupun reform. Setuju atau tidak jika saya nyatakan sistem sekarang tidak kekal dan termaktub kepada perubahan-perubahan sama ada kita sedar ataupun tidak yang berlaku pada setiap masa. Maka pihak mana yang berjaya menawarkan pilihan yang kena dengan angin golongan muda inilah yang akan menawan naluri mereka.

Generasi kami generasi Y (Why)

Apabila anak muda mula menjauhi UMNO.. Mungkin ungkapan yang cukup popular pada penggal ke-11 parlimen sejurus selepas kemenangan besar-besaran BN tahun 2004 seperti “semuanya OK” dan “tiada apa-apa yang berlaku” akan mengakibatkan anak muda semakin jauh meninggalkan UMNO. Generasi sekarang perlukan respon dan reaksi yang tuntas, cepat dan tegas daripada pemimpin. Seperti contoh budaya masyarakat di Germany, dalam setiap respon kepada soalan-soalan yang ditanya oleh bos, jawapan yang diberikan hendaklah lengkap dengan statistiknya, perangkaan jangka masa panjangnya, serta hendaklah dijawab dengan cepat. Di negara kita, kadang-kadang sesuatu isu itu dibiarkan berleluasa di media atas talian (online) sehinggakan sesuatu isu tersebut dipolemikkan ke satu tahap yang tidak dapat dibendung lagi.

Perkara sebegini pada perspektif golongan muda melambangkan sikap kerajaan yang sambil lewa, kurang cekap serta tidak tegas dalam menangani tuduhan ataupun persoalan-persoalan yang timbul. Kami tidak akan tahu bahawa semuanya OK dan tiada apa-apa yang berlaku jika tiada statistik yang menyokong kenyataan-kenyataan balas yang dikeluarkan kerajaan. Kami juga tidak mungkin akan ambil peduli sekiranya sesuatu respon terhadap isu tertentu yang dikeluarkan telah basi kerana terlalu lambat dan mungkin tiada siapa di kalangan kami yang akan tahu mengnenai pendirian kerajaan terhadap sesuatu isu kerana ianya tidak sampai kepada kami yang bergantung berat kepada medium atas talian (online). Kerana kami seringkali bertanyakan kenapa (why?), kenapa (why?) dan kenapa (why?).

Petanda UMNO akan terkubur

Apabila anak muda mula menjauhi UMNO.. saya fikir benarlah telahan Sanusi Junid, UMNO akan berkubur pada tahun 2013. Anggaplah penyertaan golongan muda kedalam UMNO sebagai satu nafas yang perlu berterusan dan berkesinambungan. Jika terputus nafas ini, maka jasad (baca: Parti UMNO) tidak akan mampu lagi memperjuangkan agenda alif, ba, ta yang merupakan teras utama perjuangan parti keramat UMNO ini. Patah tumbuh hilang berganti, kepimpinan tertinggi UMNO akan ditukar ganti dengan pemimpin-pemimpin muda tetapi lebih kuat serta utuh sesebuah parti itu sekiranya pengganti kepimpinan itu dipilih daripada berjuta calon berbanding beribu. Dari mana datangnya berjuta calon pilihan itu jika nafas UMNO sudahpun terhenti? Lupakah kita pada perjuangan bapa-bapa negarawan kita yang menggunakan pentas UMNO untuk memperjuangkan hak tanahair dan warga didalamnya. Lupakah kita jika pemimpin-pemimpin seperti Tun Dr. Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak juga pernah satu ketika masuk UMNO sebagai pemuda UMNO?

Petanda ini bukan petanda yang elok, bukan juga ia petanda kiamat hampir tiba. Petanda ini adalah isyarat bahawa ubahsuai total adalah sangat diperlukan didalam UMNO. Pada pandangan saya, sejajar dengan naluri anak muda yang sukakan perubahan, maka sebarang reform dalam UMNO seharusnya bermula pada peringkat Pemuda.

Maka pastikanlah sekretariat-sekretariat ini berkesan

Apabila anak muda mula menjauhi UMNO.. maka betullah apa yang diumumkan ini. Tertubuhnya sekretariat peremajaan UMNO ini mungkin akan mampu memberikan penyelesaian kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda anak muda yang mula menjauhi UMNO. Parti UMNO tidak pernah silap memperjuangkan hak kemerdekaan negara, parti ini juga tidak pernah silap untuk menjadi suara kepada kaum Melayu, dan parti ini tidak seharusnya menerima akibat kepada kekhilafan segelintir ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Antara cabaran utama yang akan dilalui oleh sekretariat peremajaan UMNO ini adalah tentangan golongan-golongan yang telah lama bersama UMNO yang sesetengahnya melihat kepada penyertaan anak-anak muda ini sebagai penghalang kepada peluang mereka untuk mendapatkan jawatan di peringkat cawangan mahupun bahagian.

Sebenarnya tiada apa yang perlu ditakuti dengan penyertaan golongan muda, sebaliknya usaha ini hendaklah dipergiatkan dan dengan adanya sokongan golongan muda diperingkat akar umbi, maka tidak akan timbul masalah ketandusan pemimpin UMNO pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi, suatu bentuk pertandingan sihat akan wujud diperingkat paling kecil parti UMNO yang hanya akan melahirkan pemimpin peringkat cawangan yang lebih kompetitif dan akan menguntungkan UMNO secara keseluruhannya. Golongan muda memerlukan golongan lama sepertimana seorang anak memerlukan nasihat dan tunjuk ajar ibu dan bapa. Jika isu ini dapat diatasi, secara tidak langsung generasi muda akan mula mendekati kembali UMNO.

Meremajakan UMNO adalah dengan menjuarai dasar dan polisi

Apabila anak muda mula mendekati UMNO kembali.. maka perjuangkanlah dasar dan polisi yang akan mengakibatkan lebih ramai lagi golongan muda akan menyertai UMNO. Dengan perkembangan terkini, generasi kini tidak mudah dipengaruhi dengan politik berteraskan populariti individu-individu tertentu, walaupun mungkin ada diantara generasi muda yang masih mahu mengagungkan dan memuja ahli-ahli politik tertentu sebagai idola, saya percaya amalan itu akan mula ditinggalkan. Politik masa hadapan adalah berpihak kepada siapa yang mampu memperjuangkan agenda yang relevan, terkini dan sustantif. Jika Malaysia masih memilih amalan politik memuja idola-idola tertentu, maka rugilah negara setelah idola-idola mereka itu bersara daripada arena politik. Dewasa ini, sudah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk memperoleh kuasa memerintah, dengan adanya dasar serta prinsip memperjuangkan agenda parti yang utuh, perkara sebegini tidak mungkin berlaku.

Sewajarnya Pemuda lebih vokal dalam isu-isu berkenaan rasuah, isu lompat parti, inflasi dan berbagai-bagai perkara lagi yang melibatkan isu-isu penting contohnya hak asasi manusia. Sememangnya isu ini sudah diambil perhatian oleh pihak Pemuda namun nampaknya ada pihak lain yang menjuarai isu ini? Sekiranya ingin mencuri perhatian golongan muda terhadap UMNO, maka juara memperjuangkan dasar-dasar dan isu-isu ini hendaklah bertukar tangan daripada pihak lain kepada UMNO. Biar apa orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah, lompat kerana.. tidak berpegang kepada dasar dan polisi.

Advertisements

6 responses to “Apabila anak muda mula menjauhi UMNO

  1. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/3/nation/20080603163920&sec=nation

    bro, Kelantan ada speakers’ corner. hehe.. how far will it go? or is it just going to be another failed project? baik pegi kl freeze. hehe

  2. hehe maghi kecek kelate di speakers corner

  3. maghi maghi. aku takut kosong jah stadiong tuh. ada duo tigo oghe jah tu pung pokgak. haha

  4. Saudara Ruzaimi, tq kerana masuk blog dan komen sekali, saya ada jawab tentang komen anda.

    Saya dahulu amat mengemari apa yang dilakukan di dalam UMNO tetapi semenjak ini, saya semakin meragui perjuangan di dalam UMNO, saya berjumpa ramai orang UMNO, mereka hanya pandai bercakap tentang kuasa dan wang sahaja, demi untuk kekayaan mereka, jadi saya memilih untuk tidak kepada UMNO. Saya juga berhati-hati di dalam memilih untuk menyokong siapa, sekarang ini saya berpendirian untuk berjuang demi agama dan rakyat atas platform dalam Pakatan Rakyat

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. Khairulazuar,

    Yang disokong bukanlah individu, tetapi substance yang individu itu perjuangkan. Pilihlah apa pun platform yang anda rasa sesuai, kerana semuanya adalah wadah sahaja, matlamat utama yang penting. Bukan apa, saya risau dengan kewujudan penyokong-penyokong fanatik DSAI, Tun MM, AAB dan lain-lain. Risau kerana mungkin apa yang diperjuangkan akan turut terpesong sama sekiranya idola mereka ini terpesong.

    Terima kasih kerana melawat.

  6. Artikel yang bagus. Kepimpinan tertinggi UMNO perlu memahami “jiwa muda” rakyat Malaysia sebelum meremajakan UMNO.

    Sila lawati blog saya : http://umnomuda.wordpress.com
    Baru mula berblog 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s