Antara dua parti: UMNO lebih baik buat Ezam


(gambar dari agendadaily.com)

Mungkin ramai peminat-peminat politik tanahair yang menantikan pengumuman mengenai desas-desus keputusan Ezam Mohd Noor untuk kembali ke arena politik. Khabar angin ini kuat bertiup setelah Dr. Mahathir meninggalkan UMNO. Samada keputusan Ezam ada berkaitan dengan keluarnya Tun daripada UMNO, saya berpendapat ianya mungkin hanyalah sesuatu yang tidak berkaitan serta tidak dirancang. Pastinya, perkembangan terbaru ini telah sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi serta reaksi daripada pelbagai jenis manusia.

Tersiar sahaja berita ini, kita boleh melihat komen-komen dari penyokong PKR yang memaki hamun bekas ketua Angkatan Muda PKR ini, yang juga merupakan penaja utama parti Keadilan Nasional (kini PKR). Jika inilah respon dan reaksi daripada akar umbi PKR terhadap ‘pemergian’ saudara Ezam ini, maka tepat lah keputusan beliau itu. Dan ternyata reaksi daripada UMNO pula mungkin sedikit berbeza dan lebih berhati-hati dari segi pendekatannya. Hishamuddin Hussein, selaku ketua Pemuda UMNO meletakkan 3 soalan untuk dijawab Ezam sebelum diterima masuk menyertai UMNO.

Kenapa saya begitu berminat dengan perkembangan ini? Saya melihat berita ini dari dua sudut. Sudut pertama, Saudara Ezam adalah bekas pahlawan ulung Anwar Ibrahim, sanggup disumbat ke dalam jel demi mempertahankan bekas bosnya itu. Saya meragui dan tertarik dengan keputusan beliau untuk tidak terus bersama PKR, jika kita melihat keputusan Tun (penaja UMNO baru) keluar UMNO adalah sangat meragukan, sama juga situasinya dengan perihal Ezam Mohd Noor ini.

Situasi kedua, penglibatan Ezam didalam NGO GERAK memungkinkan beliau mengetahui akan beberapa skandal atau jenayah korupsi melibatkan nama-nama besar politik tanahair, persoalannya, kenapa beliau pilih UMNO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan anti rasuah dan demokrasi? Sedangkan UMNO sudah terpalit tohmahan, fitnah dan gembar gembur agenda pembangkang yang mengakarkan jenayah korupsi kuasa, wang dan kedudukan kepada nama UMNO itu.

Jika benar Anwar Ibrahim calon terbaik Perdana Menteri Malaysia pada masa ini, salahkah sekiranya saya bersikap berhati-hati terhadap beliau, dan wajarkah jika kita tidak menyelidik terlebih dahulu beberapa perkara yang sangat diragui mengenai beliau sebelum diangkat menjadi Perdana Menteri? Kita tidak mahu mengulangi kesilapan Dr. Mahathir yang menyatakan pemilihan Abdullah adalah satu kesilapan ( saya rasa ok je ). Sekiranya sesiapapun calon Perdana Menteri Malaysia waima Nurul Izzah atau Nik Aziz sekalipun, kita seharusnya menyelidik dan cuba untuk kenal dengan lebih rapat peribadi, keterampilan, keikhlasan dan kesungguhan sesiapa sahaja calon PM Malaysia.

Jangan kita sokong sehingga membawa rebah kepada Negara, andainya calon yang kita sokong itu pandai berbicara namun lemah dalam perlaksanaannya. Jangan kita akur kerana janji-janji manis yang ditaburkan, namun apabila tiba masa menunaikan janji, tidak dikotakan. Dan tidak pula kita mahukan harapan yang dihidangkan, terbang bersama janji-janji manis yang tidak dikotakan itu.

Lagipun, sebagai seorang yang menyokong kepada kewujudan suasana kerajaan-pembangkang yang hampir sama kuat, saya juga ingin melihat sesiapa sahaja calon PM negara kita diberikan ‘tekanan’ sewajarnya agar setiap tindak tanduk beliau akan membawa manfaat kepada negara. Rakyat akan menjadi CCTV kepada pemimpin-pemimpin negara, dan jika polisi yang dibawa memberi manfaat, ayuhlah kita sokong sekuat-kuatnya.

Berbalik kepada hal Ezam Mohd Noor, ini berita yang saya petik daripada agendadaily.com dan daripada media yang diboikot PR (berita ini saya pasti 100% sahih)

Utusan: Ezam serah borang keahlian UMNO
Dia pernah berada di dua parti… UMNO yang terbaik

Ezam akan menjadi CCTV besar kepada Anwar Ibrahim dan PKR, semoga tekanan ini akan sama ada membuktikan Anwar Ibrahim calon terbaik PM ke-6 negara ataupun sebaliknya. Segala tindakan Ezam dalam perjuangannya didalam parti UMNO akan mempengaruhi peluang Anwar Ibrahim.

Advertisements

3 responses to “Antara dua parti: UMNO lebih baik buat Ezam

  1. bro, mungkin sekarang dia mula yakin dengan konsep “change from within”. (i’m generalising here) aku rasa, kebanyakan ahli/pemimpin PKR yang dulunya UMNO, percaya akan pembaharuan/reformasi hanya dapat dilakukan dari luar kerana sistem atau tradisi yang buruk dalam UMNO sangat kuat dan tak boleh sembuh dah. Hence, they quit. Maybe Ezam pun macam tu dulu, tapi sekarang dia lain.

  2. Shahrin Hilmy

    Boy, keep up the good work! Pandai berhujah dgn uncrowded kat page satu lagi tu hahaha. Kudos!

  3. faizulmd..

    I do believe that if you want to change something u have to be in the system.. so u might be right when saying ezam want to change from within.. but i’m sure on he’s bitter with PKR leadership hence left the party, joining umno for what reason? Ezam has the answer.. Tq

    Shahrin hilmy.. easy.. action-reaction.. when you are provoked or accused with a misleading statements that can affect good name of a society, u have to respond defending that society. And you will never be afraid as long as you are saying nothing but the truth. Tq..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: