Ezam: UMNO atau PAS? Kenapa bukan PKR?

Berita ini telah diterbitkan melalu ruangan akhbar the star online, iaitu tulisan Joceline Tan, nama yang tidak asing lagi dalam arena kewartawanan. Laporan tersebut boleh diakses di sini.

Dan berikut adalah link-link kepada komen dan pandangan beberapa politikus tanahair. Sumber adalah daripada Utusan Malaysia, Malaysiakini.com, KLPos.com, the star online dan beberapa website politik tanahair.

UMNO: Ezam sahkan minggu depan
Ezam dialu-alukan masuk UMNO
Wan Azizah: Keputusan Ezam ‘aneh’

Setelah menyepi beberapa tahun daripada politik arus perdana tanahair, Saudara Ezam Mohd Noor yang mempunyai bukan sahaja gaya ceramah yang sama seperti mentornya Anwar Ibrahim, tetapi juga suara dan mimik muka yang tidak kurang bezanya. Maka, ketika Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara selama 6 tahun, suara anak muda inilah yang menjadi ‘pengubat rindu’ buat penyokong-penyokong setia Anwar Ibrahim, jika sekilas kita mendengar ceramah-ceramah beliau, sudah tentu disangka Anwar Ibrahim yang sedang memberikan ucapan.

Keluarnya Ezam daripada UMNO pada tahun 1998 adalah kerana kekecewaan beliau akibat tuduhan yang dikenakan keatas ‘bos’ beliau. Pada masa itu, beliau merupakan orang kuat Anwar Ibrahim dan dipandang tinggi oleh beberapa pemimpin UMNO yang lain, diantaranya Nazri Aziz. Beliau juga adalah antara pengasas pertama partai Keadilan yang kini dikenali sebagai Partai Keadilan Rakyat setelah bergabung dengan Partai Rakyat Malaysia (PRM). Antara pejuang-pejuang penubuhan awal PKR adalah Tian Chua dan Azmin Ali. PKR sebenarnya terhutang budi pada komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan ketika awal penubuhannya. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna PKR wujud kerana Ezam sahaja, tentunya ramai lagi yang terlibat, namun yang pasti beliau telah memberikan lebih daripada yang dipinta daripada beliau.

Kalau tiada angin masakan bergoyang pokoknya, khabar angin dan ura-ura pergolakan dalaman PKR pada ketika pemilihan parti pada tahun 2007 disahkan dengan pengunduran Ezam secara rasmi daripada parti tersebut. Jika pada tahun 1998, kekecewaan yang membawa beliau keluar dari UMNO, ceritanya sama juga pada tahun 2007. Beliau kecewa dengan bagaimana sesetengan individu dalam PKR yang mengamalkan politik pilih bulu, oportunis, dan ‘cah keting’ serta praktis yang ‘mengawal’ Anwar Ibrahim. Laporan ekslusif malaysiakini, Utusan Malaysia dan KLPos.com mengenai keputusan Ezam ini boleh dilayari melalui link dibawah;

Malaysiakini: No faith in anwar, ezam quits PKR
Utusan: Keadilan hilang nilai perjuangan
KLPos: Saya bukan lagi ahli keadilan

Perjuangan Ezam diteruskan melalui GERAK iaitu akronim kepada Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi selepas berpatah arang dengan PKR. Disepanjang penglibatan beliau bersama Gerak, beliau membuatkan beberapa nama-nama besar dunia politik, dan perniagaan Malaysia tidak senang duduk. GERAK telah menghantar satu laporan setebal 600 mukasurat kepada Perdana Menteri yang mengandungi nama-nama individu atau organisasi yang terlibat dalam jenayah korupsi. Memandang dari sudut prinsip anak melayu bernama Ezam Mohd Nor ini, boleh dikatakan beliau ini adalah seorang yang tegas dan berpendirian yang kukuh serta sangat objektif. Pada tahun 1998, kerana prinsip beliau keluar dari UMNO, diikuti pada tahun 2007, kerana prinsip juga beliau keluar PKR dan adakah tahun 2008 ini akan menyaksikan perjuangan prinsip Ezam diteruskan dalam perjuangan agenda UMNO? Saya tidak berani membuat spekulasi walaupun media sudahpun membuat laporan. Link dibawah akan membawa pembaca kepada sedikit penerangan mengenai GERAK dan keterlibatan saudara Ezam di alam badan bukan kerajaan (NGO) ini.

Sekitar penglibatan Ezam dalam GERAK
Laman Web Rasmi GERAK
Liku perjuangan pendekar jawa

Secara peribadi, saya terkejut apabila membaca berita yang terpampang didada akhbar akan kemungkinan Ezam pulang ke pangkuan UMNO. Kata Mike Tyson UMNO, keputusan ini (jika ezam betul-betul masuk UMNO semula), menandakan ada kepincangan dalam parti pembangkang. Saudara Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Che’gu Bard (lawan KJ yang tewas di Parlimen Rembau), beliau berharap Ezam tidak akan menyertai UMNO dan tambah beliau perjuangan Ezam sudah hancur berkecai. Che’gu Bard juga telah meninggalkan GERAK baru-baru ini. Ulasan-ulasan lanjut boleh dilihat melalui link dibawah.

Akhirnya saudara Ezam pergi jua

Saya memandang Ezam sebagai personaliti politik tanahair yang mempunyai track record yang penuh warna warni. Mungkin umum tidak kenal siapa dia Ezam, mungkin artikel saya ini akan memberi sedikit sebanyak pengenalan mengenai beliau. Saya bukan lah terlalu memandang tinggi apatah lagi mengagungkan makhluk Allah yang penuh kekurangan ini. Idola saudara Ezam adalah Nabi Ibrahim a.s dan Muhammad s.a.w, dan apa keputusan yang beliau buat mestilah sejajar dan konsisten dengan kemuliaan idola-idola beliau tersebut. Karangan ini adalah berlandaskan kemungkinan yang disajikan oleh akbar-akhbar dan laman web politik terkenal, yang pasti kemungkikan ini akan dijawab oleh tuan punya badan sebaik sahaja tiba dari luar negara ( difahamkan beliau di Indonesia je, tak jauh).

Walauapapun keputusan beliau, politik tanahair akan dikejutkan lagi dengan beberapa berita yang saya pasti akan menjadikan tahun 2008, tahun yang paling menarik dalam sejarah politik tanahair selepas tahun 1957,1969,1988 dan 1996. Berikut adalah laporan yang dibuat berdasarkan sms daripada Ezam sendiri, seperti mana mentornya, Anwar Ibrahim yang gemar berteka teki, begitu juga anak didiknya.

Ezam: Saya sedang berfikir
Saya belum buat keputusan

Terkini, dua hari sebelum Ezam membuat kenyataan, Husam Musa pula mempelawa Ezam menyertai PAS. Umum dunia bloggers terutamanya penyokong PKR mencerca dan mengkritik Ezam, pelbagai cerita-cerita kurang menarik mengenai beliau telah dinyatakan samada didalam artikel mahupun ruangan komentar. Yang jelas, PKR tidak perlukan Ezam, namun UMNO dan PAS sedia menerima beliau yang sudah lagi tidak diperlukan dalam PKR. Persoalannya, kalau PAS pun pelawa Ezam, melihat PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Ezam mungkin tidak seteruk seperti yang dinyatakan oleh komentar-komentar liar. Dan ini menzahirkan lagi kepincangan dalam kepimpinan PKR. Kita tunggu dan lihat.

Husam pelawa Ezam masuk PAS

Sekian

Advertisements

One response to “Ezam: UMNO atau PAS? Kenapa bukan PKR?

  1. Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s