Tun Mahathir Isytihar Keluar UMNO (update #3)

Lagi satu tindakan berani, UMNO kehilangan mungkin gentleman Melayu terakhir yang berani mempertahankan tindakan beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dahulu seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan lain-lain semuanya punyai pendirian yang tak mudah goyang.

Apapun, Tun punyai sebab musabab kenapa UMNO yang dibela sekian lama, ditinggalkan jua. Bagai seorang ayah yang meletakkan tanggungjawab kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri, salah satu proses untuk menguatkan jatidiri UMNO.

Tun adalah seorang yang berani menyatakan apa yang salah, dan apa yang benar. Jika tidak, masakan di dalam ucapan beliau di hadapan pemimpin-pemimpin Asia Barat, beliau mengatakan Israel telah menguasa dunia melalui proksi, dalam rancangan Hardtalk, Tun lantang mengkritik Amerika, dan British sendiri (negara dimana wawancara tersebut dijalankan) berkenaan dasar mereka yang menyokong perang di Iraq. Tun seorang yang konsisten dan bagi saya, mesej besar pengunduran Tun daripada UMNO jika dilihat hanya sebagai satu tindakan ekoran kekecewaan Tun sahaja, akan mengundang padah yang lebih besar bukan sahaja kepada perpaduan UMNO, malah kestabilan politik negara.

Di harap Tun sudah pun memikirkan dengan semasak-masaknya akan keputusan beliau ini, sebagai anak muda, yang dilahirkan dalam zaman pemerintahan Tun, saya terhutang budi pada kepimpinan beliau, dan Malaysia juga terhutang budi kepada Tun.

Mesyuarat MT akan menentukan hala tuju UMNO selepas ini, adakah kita akan tunggu sehingga disember? mungkin segalanya akan dipercepatkan. Nampaknya, Tun sudah habis daya dan usaha untuk menyampaikan amaran beliau akan keadaan UMNO sekarang. Sekarang, terpulang kepada pemimpin-pemimpin grass root UMNO untuk menyambung kelantangan Tun. Apa-apa yang berlaku kepada UMNO selepas ini, Tun sudah pun melunaskan tanggungjawab beliau untuk menegur, menasihati dan mengkritik.

Walaupun saya melihat negara ditadbir dalam keadaan yang agak baik terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12, namun mungkin ada lagi persoalan-persoalan Tun yang masih belum terjawab, dan mungkin juga dengan pengetahuan dan kebijaksanaan Tun, beliau menjangkakan negara kita boleh dipacu dan ditadbir dengan lebih bagus daripada sekarang. Walau apapun alasanya, Tun sudah menyatakan hasrat untuk keluar parti, dan sukar untuk saya membayangkan beliau akan menarik balik kata-katanya itu.

Berita Terkini:

Malaysiakini

Utusan Malaysia

The Star Online

Susur galur penglibatan Tun Dr. Mahathir bersama UMNO – dipetik daripada http://www.thestar.com.my

Timeline

1946: Joined United Malays National Organisation (Umno).

1947: While a medical student, he wrote extensive anti-colonial commentaries in Malay newspapers under the pen-name “Che Det”.

1957: Resigned from government service as a doctor. Starts private practice.

1964: Entered active politics as Kota Star Selatan MP.

1965-1969: Member, Umno Supreme Council.

Sept 1969: Expelled from Umno for disciplinary reasons. Re-admitted on March 7, 1972.

June 1972: Elected a member of the Umno Supreme Council with the highest number of votes. Lost in the election for an Umno Vice-President post.

Dec 1972: Appointed a Senator by the Kedah State Legislative Assembly.

1974-2004: MP for Kubang Pasu, Kedah.

Sept 1974: Education Minister.

June 1975: Umno Vice-President.

March 1976: Deputy Prime Minister & Minister of Education.

1977: Acting Chairman, Umno Liaison Committee, Malacca.

Jan 1978: Deputy Prime Minister & Trade and Industry Minister.

May 1978: Chairman, Perak Umno Liaison Committee.

Sept 1978: Umno Deputy President.

June 1981: Barisan Nasional Chairman.

June 1981: Umno President.

July 16 1981: Fourth Prime Minister of Malaysia, Minister of Defence (until 1986) and Minister of Home Affairs (until 1999).

July 17 1987: Umno Political Bureau Chairman.

Feb 16 1988: Pro-tem President of Umno Baru. Umno was declared an illegal society on Feb 4, 1988.

Dec 1993: Kelantan Umno Chairman. Chairman, Politics and Constitution Committees of the Supreme Council.

Sept 1998-Jan 1999: Finance Minister. June 2001 – Finance Minister.

June 22 2002: Announced his intention to resign from all political and government posts at the final day of the 56th Umno assembly. Appeals from Umno Supreme Council members.

Oct 31 2003: Retired as PM and Umno president after 22 years.

Sept 2006: Fails in bid to be an Umno delegate for the Umno general assembly coming in ninth out of 15 contestants in the Kubang Pasu division.

May 19 2008: Quits Umno

19 responses to “Tun Mahathir Isytihar Keluar UMNO (update #3)

  1. alias bin hamid

    Bersukur pada allah kita dikurniakan negara aman damai tetapi pemimpin yang ada kini teleh merosakannya kita tgu dan lihat pembalasan . Pemimpin sgup gadai maruah bangsa dem jaga perut.anak menantu kaya raya raya rakyat papa kedana inikah pemimpin dunia akhirat. kita menyokong tindak Tun keluar parti UMNO , Umno dah tidak relevan lagi..saya harap ramai ahli UMNO lagi keluar parti dan protes kepada kepimpinan yang ada kini …

  2. UMNO pada prinsipnya masih relevan.. mungkin ada sesetengah pemimpin yang perlu ditukar. Jangan menghukum UMNO kerana sikap manusia, kerana kalau Tun Mahathir banyak jasa pada negara, apatah lagi UMNO yang lebih lama telah ditubuhkan.

    Terima kasih saudara alias..

    saya setuju ramai pemimpin demi jaga perut sanggup gadai maruah bangsa. Manusia rambut sama hitam, hati lain-lain.

  3. Tun Dr Mahathir, one leader we all know well… I am one who is fortunate enough to have been in his ruling era. I have seen many magnificent things done and said by Tun. His past laurels has indeed made him the centre of attention both mass media and the people, even after 6 years of leaving the office.

    However, I must say… He turning his back to UMNO is not actually the way to go out. He has contributed to many reforms and in my personal opinion, has indeed been one of the many reasons BN lost a great deal in the previous general election. Losing to me, doesn’t indicate that UMNO is weak or weakened… Only shows that the public demands for a balancing power. Like any politically matured country might want.

    Tun Mahathir could seriously do much more to help the country if he is on UMNOs side. Surely many of the UMNO members’ don’t want him to be with the opposing side. Now, that would cause real chaos atleast media frenzy.

    Like our KUD president has mentioned, I too hope that dear Tun knows what he is doing. Surely, this will affect the party I have no doubt it would. Hopefully, in a good way.

    I will not comment on too much on the relevance of UMNO as we all have different views on this matter. Nevertheless, heed this… UMNO is made and defined by its leaders regardless how you might argue. Leaders are the backbone of the party. So what the party was… Does not indicate what the party is.

    The darkest hour of UMNO is uphand. Now, all eyes turn to one man… Our premier Dato seri Abdullah Badawi. It’s his move now! He has made it clear that he is shocked about the news Tun wants to quit. What else is he to do? He is in the position of enormous pressure. Not so much to resign I’m sure… Although that is the motif of Tun, BUT pressured to make changes in the system as well as managerial policies of the party and country for the better.

    I am intrigued by this notion.

  4. Loner, I respect your views as they are, ultimately, your personal views. Now here’s my two pennies worth. I think that losing IS a sign of weakness, naturally. Although one can argue his way around like you did, which is at least plausible, if not true. According to my shallow views on politics and the way people act in elections, when you voted for the opposition, it was as a result of you having some reservations towards the government, whoever that might be. Of course, it would be good if we have some check-and-balance mechanism such as the two party system but it seems impossible to me that people could collaborate and work with other voters, say, in the different state. “Ok listen up boys, we’re gonna give 5 states to the PR and the rest is for BN”. That seems kinda hard to do, not impossible though if you have the EC behind you. In simpler terms, you voted for who you want to win the election. It’s not like you can vote 3/4 to one party and a quarter to the other one.

    About Tun M’s act of “treachery”, of course I can only speculate but I don’t think he’s giving up. He didn’t give up on UMNO, nor the Malays, nor Malaysia. I think it’s more of a political game instead of surrendering. Maybe it’s his way of pressuring the PM to resign, which is clearly his ultimate goal. Maybe not directly, but I would say he’s hoping/expecting for a series of events that could lead to the resignation of the PM. But then how far his act will go is a different matter altogether which we could talk on another day. I wouldn’t know what he’s thinking, but that’s what I think he’s thinking. That’s all folks, come tell me that I’m wrong and we can continue talking which I believe won’t affect the political scene at all in the shirt term, but might be useful somewhere along the road for those who aspire to be politicians (read: blog owner). :p

  5. Shahril Hamdan

    Jasa Tun tetap ada…tetapi jangan pulak kita limpahkan pujian atas beliau seolah-olah tanpa beliau negara kita ni tak ke mana.

    Di bawah Tun lah institusi raja Melayu dilemahkan. Di bawah Tun lah institusi kehakiman digadaikan. Di bawah Tun lah kronisme dan nepotisme mendadak. Di bawah Tun lah sistem kuota dalam UMNO diwujudkan lantas melemahkan sistem demokrasi dalam parti UMNO sendiri.

    Kelemahan Tun jangan diketepikan semata-mata nostalgia dan memori silam yang kerap kali ditafsir condong. Manusia sentiasa lemah, mengimpikan sejarah walhal sejarah itu sendiri tidak dimahiri dan difahami secukupnya. Tidak kira tamadun Melayu ke, tamadun Islam ke, tamadun Mahathir ke…manusia akan sentiasa memandang ke belakang seolah-olah yang dahulu lah yang paling indah yang wujud sekarang tidak. Samalah macam mak ayah kita yg tak jemu sebut, “Back in my day…..” Haha..

    Lets be fair. Tun is flawed. He has his fans yes, but he has his detractors too. Kalau kita cepat benar mencaci Anwar kerana silapnya dahulu mengapa pula kita tutup mata kepada kelemahan Tun? Yang pasti Tun dah menjadi simbol suatu perjuangan anti-Pak Lah, anti-KJ anti-status quo. Setakat simbol sudah lah, I can understand. Just like people romanticise churchill here…thatcher…and in 50 years theyll romanticise blair..History is usually very kind…maybe too kind..

    Tapi jangan kita terlanjur menaikkan manusia ini ke taraf penyelamat bangsa. kita lebih bijak drpd itu…kita patut tahu menilai sendiri..this man is no angel.

  6. Sememangnya tidak dapat dinafikan, setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, apatah lagi dengan sifat manusia yang serba tidak syumul ini. Persoalannya adalah, apabila kita membicarakan tentang Tun Dr. Mahathir, mana yang lebih banyak kita dengari, kekhilafan beliau ataupun jasanya kepada bangsa dan negara.

    Agak sukar bagi kita untuk melihat Tun dari kedua-dua segi pada satu masa yang sama kerana kedua-dua sifat tersebut adalah sangat bercanggahan. Separuh daripada diri kita ingin mengenang Tun sebagai wira negara, dan separuh lagi ingin mengkritik serta mangungkit kesan-kesan buruk yang telah beliau bawa bersama sepanjang hampir suku abad pentadbiran beliau.

    Pemimpin datang dan pergi, namun saya pasti manusia seperti Tun sukar dicari ganti. Kita sering diingatkan supaya melihat kebelakang, belajar dari sejarah bukan untuk menidakkan kebolehan generasi baru untuk memacu negara lebih jauh kehadapan atau bukan hanya untuk mengagungkan kegemilangan yang dibawa generasi silam. Sebaliknya, kita melihat pada sejarah kerana kita tidak mahu kesilapan-kesilapan lalu berulang. Sejarah juga membuktikan tindakan keluar parti UMNO tidak memberi banyak manfaat, kenapa Tun mengulangi kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu? Adakah ini soal prinsip, ataupun hakikat Tun hanyalah manusia biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan.

    Saya percaya kepada kebijaksanaan pembaca, maka sebab itulah saya percaya walau apa pendirian yang telah saya ambil semasa menulis artikel, pembaca mungkin mempunyai pendapat yang berbeda sama sekali, dan pada masa yang sama ada juga yang seiring bersependapat.

    Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
    Perbedaan pendapat merupakan benih kepada musyawarah, perbedaan adalah rahmat

    Shahril, you never fail to amaze me with your out of ordinary stance, good points and even better elaboration, if you could come visit and comment more, you’ll be perfect then.. =)

    Faizul, Tun’s action can be due to two factors, he’s out of ideas how to bring Pak Lah down, or his ego was challenged when a guest in his forum, ask him to set the example when Tun was asking UMNO members to leave UMNO. Either way, neither factors show signs of surrendering, For whatever reason, Tun must and should have a very good reason why he did this, UMNO’s unity is at stake due to his sudden exit. You might not be able to bring huge impact on population in general especially in this tiny blog, but you surely inspired me to start blogging (remember random words?)

    Loner, losing surely is not always a sign of weaknesses, and i couldn’t agree more with you re strong opposition is needed to keep government’s feet on the ground. Tun will not form a pact with opposition because he’s still UMNO at heart, even though he left the party. Productivity increases with pressure but only to a certain extent, we witnessed much changes and reforms prior to GE-12 result at federal level, I hope with this pressure from Tun, there will be another wave of change and reform in UMNO itself, and certainly for the better of the party.

    Three great comments from three member of younger Malaysian generation. Better generation better nation, keep up the good work guys.

  7. Sorry la President KUD…apa sangat lah yang hang tau pasal sepak teranjang politik. Aku suggest hang selak balik kisah silam sejarah pergolakan politik negara dari sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang. Hang study balik susur galur perjalanan politik beliau. Hang ingat balik apa yang beliau berwawasan semasa mula2 menduduki kerusi Perdana Menteri. Hang ingat balik apa yang dia buat semasa menjadi PM. Hang pegi library kat TCD kot kot ada cerita pasal Tun Mahathir. Dan hang tengok balik sekeliling apa yang Tun Mahathir telah lakukan. Simple….atok aku yang tak ambik Medic pun boleh faham. Study…selak…baca….faham….dan baru boleh tulis pasal Tun Mahathir.

    Tetapi aku sedih…seorang pelajar Medic macam hang masih buta menilaikan apa kaca…apa permata. Hang terlalu agungkan Tun membabi buta….hanya beralaskan cerita-cerita dongeng dari Utusan Malaysia.

    Cuba hang beri 3 sebab cukup….tak perlu banyak…..kenapa hang nampak Tun Mahathir sebagai pemimpin agung yang hebat!!! Itu pun kalau hang jumpa sebab musabab yang sahih….kalau tak jumpa….tak payah la nak tulis pasal politik. Concentrate kat study hang sudah la….lagipun…kan Tun Mahathir dok kata….student dilarang untuk terlibat dengan politik!!! Tapi hang siap pegang President KUD lagi….

    Apakah AUKU hanya untuk student yang tidak menbodek kerajaan? Kalau yer…..HAMPEH!!!

  8. Dear faizulmd… I am writing to you just because you wrote to me. I truly accept your views although honestly, it did not at all convince me to change my mind about the General Election. I agree though that to a certain extend UMNO is weak for losing great number of seats AND yes truly the people did vote against UMNO/BN due to lack of confidence in the government. Thing is… Does this fact weaken UMNO further? Or weakens the government further? Adakah situasi ini melemahkan dan akan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN? I think not… You see, with the recent defeat of seats, the government will try its double best to ensure they regain trust from the people. Hence make amendments in the managerial standpoints and policies in order to better serve the people. Leading to the strengthening of BN and UMNO. Argue what you might, in the end you will

    Dear Shahril Hamdan… Thank you for that remark. I truly agree with you. Tun was not perfect. The list of flaws of dear Tun that you gave us is just a tip of an iceberg. Having said that, many would still believe he has done much for the country. Hasn’t he? Regardless of what you believe my friend, the main theme is, would it make any difference if he steps down as a member of UMNO to the unity of the party? Neither to argue about his past nor to raise his status in the country (mengagung-agungkan beliau). And believe me he is not the soul man that fights for the good of the people. There are many more… All of you here studying and working in Ireland are one of them.

    You see, regardless of the Tun’s many flaws… He is indeed a popular man. He might not be loved by the people as much as he was, but he still command a large audience of the press. As you know, press is power! And so goes… He quits UMNO… Tension will arise in the party, I don’t know how much. But I am confident that it will. So question is how much does this tension will cost the party? Will UMNO be divided OR will it come to forget our former premier? Time will tell I guess…

    Humans aren’t perfect. Imperfection is best shown in a leader, no matter how good he/she is… They will always be judge by how bad they were. That’s life, that’s how it will always go unfortunately. I would beg to differ with your statement history is kind… Actually history never forgive any mistakes made by leaders from the time of Napoleon to Hitler to Saddam Hussein even to the time of Tun Dr Mahathir. Im sure not many people romanticises Hitler?

  9. popular gak eh blog ko boy…i go missing for a while refresh the page dah 4,5 comments.. u should write more for http://www.ceku.org.uk and bring your army over there…tolong member skettt..haha

    ill leave you to respond to uncrowded’s attacks.

    loner,
    I stand corrected. History isnt always too kind. Sometimes it can be too harsh. But history is always and everywhere simplified, essentialised and distorted to serve different purposes. I am an UMNO member and I dont apologise for that, but I will go out an limb and suggest that even Malaysian history is distorted to serve UMNO hegemony. The contributions of the Communists (read: Chinese) are minimalised and it is no accident that this is done so. Social reality is never free of historical distortions by the dominant narrative.

    For instance, Hitler isnt romanticised, but the dominant narrative through which we understand 20th century European history SIMPLIFIES Hitler into an evil monster and the West (read: Britain, US, France) as the force of good. The dominant narrative mentions little of nothing about how; in fact, many in Churchill’s cabinet and the British Tory (and at least one Labour) MPs in the late 1930s were seriously considering allying themselves with Hitler.

    Saddam..tak payah cakap lah…US condemns him like mad..but they used to be his ally against Iran! But we dont hear that, do we? The Muslims in Malaysia pulak, ramai yang support Saddam altho he’s clearly a murderer and Saddam probably thought little of Malaysia. Thus, history and interpretation is never ‘objective’ or ‘sensible’. They’re always there to serve varying purposes and give sense to varying identities (i.e. Malay-Muslims, secular West, etc.)

    In TDM’s case, my point is that we should try to create a counter-narrative lah kalau boleh. We’re supposed to be the bright ones. Contest and challenge the dominant narrative at every corner. This should apply in all areas of life: relationships, culture, gender, class, and even spiritualism. Only when we contest dominant narratives can we hope to have a more balanced view of any one phenomenon/element of history/perceived reality.

  10. In many way Sharil… You think as I do. I truly applaud you opinions and have to agree with most of them. I would like to add about challenging the dominant… Sometimes we need to also create and stimulate confrontations in order for many more minds to open up and be interested in the discussion.

    I would like say that I have nothing against being dominant in the way one thinks. It is just that we need to sometime think out of the box. And the only way to do this is to challenge and stimulate interest in something.

  11. uncrowded,

    Sebahagian daripada pendapat anda itu mungkin boleh mengelirukan pembaca-pembaca blog ini. Izin saya untuk memperbetulkan beberapa kekeliruan dan fakta yang kurang tepat daripada saudara/ri.

    Pertama, dengan menamakan saya sebagai president KUD, mungkin akan menyebabkan umum memandang blog ini sebagai medium KUD. Ingin saya tegaskan disini, tulisan, artikel, pendapat dan idea di ruzaimiramza.wordpress.com adalah pendirian personal penulis dan bukan KUD. KUD adalah salah satu daripada penglibatan saya dalam kebajikan komuniti malaysia di Ireland, dan blog ini adalah medium peribadi saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, dan bukan sebagai President KUD.

    AUKU dan pelajar, saudara dahulu yang perlu bertanya kepada KPT adakah pelajar luar negara termaktub dengan akta AUKU? Jawapannya, sudah tentu tidak. Pelajar tidak boleh terlibat dalam politik? Saya tidak akan membiarkan sesiapa sahaja yang menghalang saya daripada menyampaikan pendapat dan pandangan saya berkaitan negara saya yang saya cintai, dan itu termasuk kritikan saudara! Saya akan terus menulis dan menyampaikan idea saya baik dari aspek politik, sosial atau apa-apa perkara yang melibatkan Malaysia.

    Sudah saya terangkan berkali-kali, KUD BUKAN badan politikal, maka secara automatik saya bukan pemimpin politik KUD. Saudara perlu selidik aktiviti-aktiviti KUD di Dublin terlebih dahulu, malu bertanya sesat jalan. Sebelum saudara dilihat sebagai kurang peka dengan keadaan semasa di Ireland, saya sarankan saudara banyakkan bertanya. Saya tidak mahu nama baik KUD diheret kedalam wasangka saudara yang tidak berasas. Penglibatan saya dalam KUD, jika AUKU dikenakan keatas saya pun, tidak melanggar akta tersebut dan saya mempertahankan hak saya untuk terus berkhidmat kepada komuniti Malaysia di Dublin melalui KUD. Saudara?

    Saya menyokong AUKU dipinda dan KPT telah mengambil langkah sewajarnya untuk meminda akta tersebut. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

    Adakah saya membodek kerajaan? Biasiswa yang saya terima sama sahaja dengan yang diterima rakan-rakan saya yang lain disini. Kalau saya ni pembodek, saya tentu akan minta biasiswa saya diganda dua atau tiga kali. Saya berani menyatakan ini kerana saya percaya dan yakin apa yang saya buat adalah benar. Dan saya mengutuk pihak yang baling batu sembunyi tangan. Saya dihantar kesini kerana merit, saya berusaha gigih untuk mendapatkan tajaan kerajaan dan tempat di universiti di Ireland. Tiada isu bodek-membodek!

    Berkenaan hal Tun, kalau saudara baca komen-komen saya, saya tidaklah memuja Tun sampai lupa Tuhan. Saya tidak berTuhankan Tun. Saudara kena ingat, jika seseorang itu telah berbakti kepada negara atau kepada kita kena bagi penghormatan yang sewajarnya. Jika Tun telah merosakkan negara sekalipun, pada dasarnya Tun ada jasa pada negara. Saya juga terhutang budi pada Tunku Abdul Rahman, atas usaha beliau memerdekan negara, Tunku Abdul Razak, memperkenalkan DEB, Tun Dr. Ismail atas usaha dan jasa beliau memartabatkan sistem pendidikan negara, Dr. Burhanuddin Helmy, Dr Mohd Asri Muda, dan ramai lagi. Tanpa mereka, negara kita mungkin tidak akan sampai ke tahap yang kita kecapi sekarang.

    Saya boleh nilai mana kaca mana permata, saya JUGA boleh nilai kematangan seseorang melalui komentar yang diberikan. Dan saya tidak hentam keromo, serta menjadi lumrah seorang lelaki sambil diakui kajian saintifik, lelaki akan fikir dahulu, baru diungkapkan atau ditulis sesuatu idea. Maka apa yang ditulis disini sudah melalui proses pemikiran saya yang masih mentah ini. Mentah tapi giat dimasak!

    Sekali lagi saya ingin mengingatkan saudara agar tidak mengaitkan KUD dalam pendirian saya dalam blog ini. Ini adalah blog peribadi saya.

    Terima kasih,

  12. Dear uncrowded, like you I am a critic and I induce confrontations as well… But lets us see what you have. Lay down your cards. Let’s see them. If you are right. I will back you up. But if you are not… I will be the 1st one to criticise you to the bone.

    Boy have made it clear that he is not at all associated with politics… And yet he is the leader of Kelab UMNO who receives all the funding (correct me if Im wrong) from secretariat UMNO. Question is… Does UMNO force them to support UMNO or force them to spread the idea of UMNO to be accepted? I THINK NOT… I have been in Ireland for nearly 7 years now… Not once have I heard KUI going around waving the flag of UMNO. So… KUI is not political. I AGREE WITH BOY!

    AUKU… This is another topic on its own. I dont agree with it! And I personally think it has to be stopped effective immediately.

    Boy, I urge you to answer the 3 reasons of Tun leadership. I myself can name 100 already.. But I leave it to you.

    To be fair to uncrowded, I again urge you to lay your cards down. Lets see it. Do it as harsh as you can if you want to. But just lets see it…

  13. I urge myself to expand my assertion responsibly. Lets roll the game by firstly naming the Kelab UMNO Dublin. Why it is named ‘UMNO’ at the first place? Why should there be associated with the name of political party if it is not political? Are you telling me the cat is barking? You may play gods with thousand words to deny this. Could anyone here to teach me how to be political without touching the UMNO flag? For Gods sake, you dont even need to. If you dare please go to their website http://www.kelab-umno.com. Here are some of the facts that I demand answers.

    PERLEMBAGAAN KELAB UMNO LUAR NEGARA

    FASAL 1 NAMA
    Pertubuhan ini dinamakan Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Luar Negara atau Kelab UMNO Luar Negara, dan di dalam perlembagaan ini dikenali sebagai Kelab.

    FASAL 4 ASAS DAN TUJUAN
    Kelab adalah pertubuhan yang menyokong dan mendukung cita-cita parti politik UMNO Malaysia untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:
    4.1. Mendukung dan mempertahankan kedaulatan negara, Perlembagaan Negara dan Raja Berpelembagaan.
    4.2. Mempertahan, menegak dan mengembangkan agama Islam di samping menghormati prinsip kebangsaan beragama.
    4.3. Merapat dan menyatupadukan masyarakat Melayu atau Bumiputra di luar negara bagi membela dan memperjuangkan kepentingan dan masa depan bangsa Melayu atau Bumiputra.
    4.4. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berasaskan Kebudayaan Melayu.
    4.5. Merapatkan hubungan dan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu.
    4.6. Menjalankan segala bentuk aktiviti untuk menjaga kebajikan masyarakat Melayu dan Bumiputra khasnya dan masyarakat Malaysia amnya di luar negara.
    4.7. Mengadakan kerjasama dengan Organisasi-Organisasi lain yang mempunyai cita – cita dan tujuan-tujuan yang selaras dengan Kelab.

    FASAL 19 PUNCA PENDAPATAN
    19.1. Kewangan Kelab adalah diperolehi daripada:
    19.1.1. Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
    19.1.2. Wang pendaftaran dan yuran ahli.
    19.1.3. Ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

    FASAL 24 PEMBUBARAN
    24.1. Cawangan Kelab hanya boleh dibubarkan oleh Badan Perhubungan Negara.
    24.2. Jawatankuasa Tertinggi Kelab berhak membubarkan mana-mana Badan Perhubungan Negara di luar negara tanpa perlu memberi sebarang sebab.
    24.3. Segala wang dan harta benda Kelab UMNO yang dibubarkan akan menjadi hak milik Parti UMNO Malaysia.

    SINOPSIS
    1. Perlembagaan Seragam
    Semua Kelab UMNO Luar Negara (Kelab UMNO) dicadang diwajibkan menggunakan Perlembagaan yang seragam yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

    Here we go. The KUD smells like UMNO, it looks like UMNO but KUD is NOT UMNO!!!

    I rest my case

  14. I have been blocked by the owner
    Testing

    SINOPSIS
    1. Perlembagaan Seragam
    Semua Kelab UMNO Luar Negara (Kelab UMNO) dicadang diwajibkan menggunakan Perlembagaan yang seragam yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

  15. uncrowded.. no body block you. everyone can give a comment here.

    that comment went into spam bin.. i de spamed it. and it’s up now.

  16. uncrowded,

    saya secara ikhlas dan jujur tidak tahu apa dosa KUD terhadap saudara, kerana saudara betul-betul serius ingin ‘menembak jatuh’ kelab ini yang telah lebih 13 tahun berjasa kepada komuniti malaysia di Ireland.

    Sebenarnya jawapan-jawapan untuk soalan uncrowded sudah terpampang pada perlembagaan yang telah dilampirkan pada komentar. Pada pendapat saya, bahasa yang digunakan dalam perlembagaan kelab adalah sangat mudah dan tidak sesukar bahasa yang digunakan dalam perlembagaan persekutuan. Walaubagaimanapun, saya akan jawab juga.

    Nama UMNO adalah kerana kelab ini adalah inisiatif UMNO untuk memastikan kebajikan pelajar malaysia di luar negara terjaga. Kelab-kelab UMNO diletakkan dibawah Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara yang dipengerusikan ahli MT dan dikelola oleh Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara. Sumber kewangan telah disalurkan oleh pihak UMNO (fasal 19 punca pendapatan), maka sewajarnya jika kelab ini dibubarkan segala harta kelab menjadi milik UMNO (fasal 24 pembubaran).
    Mudah bukan?

    Sekarang berkenaan fasal 4 asas dan tujuan, apa lagi yang perlu saya jelaskan disini kerana sudah diterangkan kelab UMNO Luar Negara yang menyokong dan mendukung cita-cita parti politik UMNO Malaysia UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN BERIKUT, diikuti poin-poin yang menjelaskan tujuan kelab, dan dapat diperhatikan TIADA tujuan kelab yang secara langsung mahupun tidak langsung menyebut kelab mendokong cita-cita dan agenda POLITIK parti UMNO. Kalau saudara boleh menunjukkan kepada saya satu poin antara perkara 4.1-4.7 yang menyebut tujuan kami untuk membantu UMNO dalam menyebarkan manifesto UMNO, membantu UMNO semasa pilihanraya, mengumpul ahli UMNO dsb, saya sedia untuk menjawab dengan lebih lanjut,

    uncrowded, anda melontarkan soalan, anda melampirkan jawapannya sekali, tapi entah apa yang menutup hati anda daripada melihat kepada jawapan yang sudah ada dihadapan mata. Sekali lagi saya terangkan disini, bahasa perlembagaan itu sangat mudah dan tidak mengelirukan.

    Saya bukan bermain dengan kata-kata, tetapi saya mempertahankan apa yang saya rasa perkara yang baik, yang telah disalah ertikan dan cuba dipolemikkan oleh saudara untuk menyerang kewujudan kelab UMNO yang berobjektif murni dan berkebajikan.

    Sinopsis, sudah tentu pihak sekretariat kelab umno luar negara mahukan perlembagaan yang seragam untuk memudahkan pentadbiran antarakelab, dan untuk pengetahuan saudara bilangan kelab umno pada waktu ini sudah mencecah 71 buah di seluruh benua, dan tiada satu pun yang berunsur politikal.

    Suka saya untuk berkongsi kata-kata abraham lincoln dengan para pembaca yang berbunyi;

    ‘it is better to keep your mouth shut and appear stupid than to open it and remove all doubt’

    i didn’t say this, ab lincoln did.

  17. Dear uncrowded, you are a good example of an opposition that speaks what he doesn’t understand… Speak of words only to deceive others. I can see your frustrations with UMNO Malaysia. Is it wise than to take it up with Kelab UMNO Ireland? I think not. If you have, good solid points like for example KUI activities. I could have backed you up. But you came out with something to me is too silly and immature.

    Let me give you an advice, so that you dont make a fool out of yourself again… 1stly, understand what you are to put up. Then analyse it properly look at it in the other point of view… Finally be prepared with other people’s comments.

    Saya berpendapat daripada apa saya baca serta faham dari perlembagaan KULN, Kelab UMNO ini cuma usaha parti UMNO untuk menyatupadukan kaum Melayu serta rakyat Malaysia. Dalam perlembagaan ada menyebut mengenai “mendukung and menyokong CITA-CITA parti UMNO”. Cita-cita… BUKAN menyokong UMNO! Cita-cita UMNO… Bukan kah ia murni? Berdasarkan perlembagaan?

    And you missed out one important thing…

    In the section Sinopsis:
    5. Aktiviti Kelab UMNO
    Tumpuan Kelab UMNO adalah kepada kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada diluar negara.

    Or did you deliberately forget to include this?

    Nevertheless, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) is formed by UMNO and the constitution is mapped out by UMNO. And no matter how you would argue, KULN is a political component of UMNO. Presidents of KULN gets free tickets to go home to Malaysia and be present in the Party General Meeting.

    I would say motif and actions of KUI… Has not been (to my knowledge) at all associated with politics. They have did NOT campaigned or promote UMNO in the 12th General Election NOR did they poison youngsters minds with what party to vote. Maybe uncrowded would like to differ?

    -THE LONER-

  18. Loner, uncrowded

    Jangan setelah saya ulaskan jasa-jasa tun mahathir ini saya dianggap pembodek utama tun dr mahathir. Saya mempunyai rasa hormat yang tinggi dan terhutang budi dengan pengorbanan serta jasa beliau kepada negara. Tidak lebih daripada itu. Credit is due when it’s due. Saya tak boleh nak ulas jasa-jasa tun yang sebelum saya dilahirkan, mungkin atok uncrowded boleh, sepanjang saya hidup di Malaysia ini, negara kita aman, sudah tentu Perdana Menteri kita ketika itu telah menjalankan tugasnya dengan baik, memastikan pentadbiran negara menghasilkan suasana yang aman dan kondusif, maka saya hidup dan membesar dengan tanpa merasa risau akan serangan-serangan peluru hidup, mortar mahupun jerangkap samar.

    Tun, adalah seorang yang lain daripada yang lain, pandangan tun mungkin 10-20 tahun kehadapan, mendahului zaman. Bukan saya ingin menyamakan Tun mahupun merendahkan martabat ulama’ Islam zaman dahulu seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Ibnu Khaldun, mereka ini juga mempunyai pemikiran mendahului zaman, sama juga seperti Aristotle, Einstein, Benjamin Franklin, Hamka, Za’aba dsb.. Pemikiran Tun telah mencabar dan membuka mata serta minda masyarakat Malaysia yang masih lagi inferior. Dasar Pandang ke Timur Tun membuktikan negara Barat tidak smestinya contoh paling ideal, negara sekecil Jepun boleh menjadi kuasa ekonomi dunia dan pandangan Tun ini menyebabkan ramai antara kita sedar dan telah kurang inferiority complex.

    Tun merupakan pakar dalam menempatkan nama Malaysia dimata dunia. Projek landmark semasa pentadbiran tun adalah KLIA, Sepang circuit, MSC, KLCC, dan Putrajaya. Suka atau tidak, benda-benda inilah yang menyebabkan orang luar termasuklah barat mengagumi Malaysia. Pernahkah saudara menonton dokumentari bagaimana KLCC dibina. Bukan sahaja pembinaannya yang berskala besar, idea Tun yang mewujudkan ‘pertandingan’ antara team setiap menara telah menarik minat ramai. Saya lebih bangga dengan infrastruktur yang ada di Malaysia berbanding di Ireland, lebuhraya kita antara yang terbaik. Dan bayangkan jika tun tidak melaksanakan projek-projek tersebut 10-20 tahun dulu, negara tentu tidak mampu menanggung kos pembinaan projek-projek tersebut sekarang.

    Pada tahun 1997, sewaktu krisis kewangan global angkara penyangak matawang George Soros, ramai ekonomis dan pakar perdagangan menghentam hebat keputusan tun untuk mengikat RM kepada USD pada kadar yang tetap. Macam-macam tohmahan dilemparkan kepada Tun. Namun lihat sahaja sekarang, negara tidak terjejas teruk akibat krisis kewangan 97, kita tidak terikat dengan IMF yang menekan negara-negara seperti Indonesia yang menerima bantuan mereka, dan untuk kali ini, boleh kah sekiranya kita berterima kasih atas ketegasan tun menggunakan formula tersendiri mengatasi krisis tersebut. Sekarang dunia mengakui cara tun tersebut, kita sebagai rakyat pula yang rasa cara tun ini tidak tepat. Saya musykil.

    Dasar luar negara Malaysia dibawah tun membuatkan negara sekecil kita digeruni ramai. Pendirian tegas tun mengenai Israel menghentam secara terbuka pada persidangan OIC adalah menunjukkan Malaysia bukan calang-calang. Usaha tun dan kelantangan beliau adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang Malaysia Boleh. Ucapan Tun semasa persidangan PBB tanpa text dan memukau semua perwakilan yang hadir, OIC, NAM diletakkan dibawah kelolaan Malaysia. Kita jangan lupa, masalah utama kita adalah inferiority complex dan Tun telah membuktikan kepada semua kita mampu mengatasi dan pergi lebih jauh daripada orang lain.

    Setahu saya, Malaysia telahpun ditempatkan di peta dunia sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir, apabila ditanya masyarakat umum disini, saya tidak malu malah bangga menyatakan saya anak Malaysia. Dan mereka terus membalas dengan ‘owh i know Petronas tower is in your country’ berbanding dulu , kita akan ditanya ‘do you still live on the tree?’. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia, Tun sudahpun membuka jalan, dan lembaran baru buat Malaysia pasca kemerdekaan, bergantung pada kita untuk mencorakkan masa hadapan negara, jika tidak letaklah sesiapa pun sebagai peneraju Malaysia, jika minda rakyatnya masih ditakuk lama, seribu mahathir pun tiada gunanya.

  19. Loner thanks for helping me out to make uncrowded understand more about the existence, objectives, and activities of KUD. If i am the only one who stand for KUD, people might say i’m bias and not being fair since i’m the president of KUD, certainly with you adding up to my points and your personal opinions on our club helps a lot.

    You are very much appreciated,

Leave a reply to ruzaimi ramza Cancel reply