Permainan Politik

Kehadiran Muhammad Sabu ke Dublin dengan harapan untuk membawa lagi satu gelombang selepas tsunami ternyata hanyalah sekadar ombak biasa sahaja. Namun yang pasti mesej dan gaya penyampaian ceramah beliau cukup yakin dan ber’authority’ walaupun beliau kalah bertanding di Parlimen Kuala Terengganu. Dengan kehadiran seramai kurang 50 orang termasuk anak-anak kecil, seakan-akan menjadikan acara tersebut umpama ‘hari keluarga’ dan golongan berkeluarga di Ireland ini adalah dari kalangan mereka yang sudah bekerja, maka golongan ini jugalah yang memenuhi dewan Hotel Hilton Dublin yang indah lagi selesa itu.

Pengenalan yang diberikan oleh pengerusi majlis mengatakan Muhammad Sabu ini atau lebih dikenali sebagai Abang Mat adalah merupakan antara ahli politik yang popular dikalangan penggemar youtube. “3 bintang (undi video) dalam tangan”, memetik kata-kata pengerusi majlis, seorang ahli perniagaan di Dublin. Walaupun bilangan yang hadir boleh dikatakan agak kecil berbanding dalam ceramah-ceramah Muhammad Sabu di Malaysia, pelbagai jenis ragam manusia dapat saya perhatikan. Ada yang mengulas berbau pujuk ampu, ada juga yang cuba menyampaikan kekecewaan peribadi terhadap kerajaan memerintah sekarang, ada yang sekadar ingin mengucapkan tahniah (bukan kepada Muhammad Sabu – kerana dia kalah, tetapi kepada PR) dan ada juga yang hadir hanya untuk mengambil gambar dengan berlatarkan bendera parti yang dibawa. Apapun yang penting semua yang hadir ini mempunyai satu persamaan, iaitu ingin melihat negara ditadbir dengan lebih baik, efisien dan bertanggungjawab. Maka atas dasar itu jugalah, saya memberanikan diri untuk hadir ke majlis tersebut.

Sudah menjadi lumrah dan praktis saya, dalam mengesahkan sesuatu hal, saya suka untuk bertanya sumber yang sahih dan tepat. Beliau, sebagai seorang naib presiden PAS yang merupakan salah sebuah parti Pakatan Rakyat, maka saya berpendapat bahawa boleh sekiranya saya mengenali Anwar Ibrahim melalui perspektif ‘bulldozer’ PAS ini. Majlis belum lagi bermula, salah seorang hadirin mengatakan ada surat pekeliling yang dihantar pegawai JPA menasihatkan pelajar untuk tidak hadir ke majlis ini, setahu saya rakan serumah yang merupakan pelajar tajaan JPA tidak pun menyatakan akan hal ini kepada saya¹. Setelah saya cuba mendapatkan daripada mana sumber khabar angin itu, hadirin itu menjelaskan yang dia dengar cakap-cakap orang sahaja. Nasihat saya, tentukan dulu kesahihan khabar angin kerana kita bertanggungjawab atas segala apa yang keluar dari mulut kita. Your eyes, mouth and other part of your bodies will testify against you when asked by Allah s.w.t in Akhirat.

Keputusan PRU-12

Pada bahagian awal ucapan, beliau menceritakan bagaimana keputusan pilihanraya ini telah mengejutkan ramai pihak termasuk PAS sendiri. Yang berubah adalah undi kaum India lebih 80peratus memilih calon selain calon BN, undi kaum Cina yang juga berubah dengan banyak. Yang mencatatakan perubahan yang kecil hanyalah undi kaum Melayu iaitu sebanyak 5 peratus undi bertukar tangan. Signifikasinya, landskap politik Malaysia ditentukan oleh kecenderungan kedua-dua kaum ini untuk menyokong kiri ataupun kanan, belah mana yang mempunyai substance dan siapa yang gagal mentadbir. Contoh mudah, Terengganu gagal ditawan oleh PR. Majoriti penduduk adalah Melayu dan pentadbiran BN kali ini jauh lebih baik daripada pentadbiran PAS dibawah Hadi Awang dan juga Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah iaitu Wan Mokhtar. Kenapa? Kerana perubahan undi Melayu hanyalah sedikit, tidak mampu untuk menukar kerajaan negeri apatah lagi kerajaan pusat.

Mat sabu secara berterus terang mengatakan tidak menjadi agenda PAS untuk memerintah negara melalui PRU-12 ini, sasaran hanyalah untuk menawan Kedah, Terengganu dan kekal di Kelantan. Mereka dapat 2/3. Bukan 2/3 majoriti dewan rakyat tetapi 2 daripada 3 sasaran mengena, satu pencapaian yang membanggakan. Ir Nizar yang pertama kali bertanding sebagai ADUN, tidak pernah menyangka beliau akan menang, apa lagi untuk menjadi MB Perak. Mungkin setiap calon ADUN yang bertanding harus menerima hakikat yang menang ataupun tidak, mereka harus bersedia untuk dipertanggungjawabkan. Bukan seperti sesetengah calon PKR yang sekadar bidan terjun dan tangkap muat, dan perkara ini dipersetujui oleh Muhammad Sabu sendiri dalam ucapannya ketika mengulas calon-calon kuat PKR kalah kerana diletakkan ditempat-tempat sukar, manakala calon tangkap muat ini diletakkan di tempat yang tiada peluang langsung untuk menang, tetapi sebaliknya pula yang berlaku, mereka menang.

Tun Dr Mahathir yang konsisten

Antara isu lain yang menjadi faktor adalah isu harga barang, blogs dan media alternatif online, isu Anwar Ibrahim, dan antara faktor utama yang membantu PR kali ini adalah mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir sendiri. Pokoknya kenapa Tun begitu lantang menghentam kerajaan dibawah pentadbiran Abdullah Badawi? Perbuatan beliau tersebut tentunya akan mempengaruhi ramai pengundi termasuk pengundi-pengundi Cina dan Melayu. Saya melihat Tun begitu konsisten apabila menentang sesuatu, he is a man of his words dan jarang sekali apa yang keluar dari mulut Tun itu sekadar ungkapan-ungkapan kosong yang tidak melalui pertimbangan akalnya yang bijak itu. Maka apabila Tun menentang Abdullah Badawi, something is wrong somewhere, maka saya tidak hairan apabila Tun juga menentang Anwar Ibrahim, kerana kedua-dua personaliti ini wajar diragui kredibiliti mereka. Dan ini menguatkan lagi rasa ragu-ragu saya terhadap insan yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Hakikatnya, PRU-12 kali ini tidaklah memberi maksud PR menang sokongan rakyat, tetapi sebaliknya rakyat ingin menempelak BN, dan dalam pemerintahan demokrasi berpelembagaan, selain daripada institusi Sultan dan Raja, rakyat juga adalah kuasa utama dalam memastikan check and balance pentadbiran negara. Kita dapat lihat pergolakan dalaman UMNO adalah merupakan isyarat mesej yang disampaikan rakyat jelas diterima, adalah membimbangkan sekiranya UMNO tidak responsif terhadap perkembangan ini. Kesediaan beberapa nama seperti Tengku Razaleigh, dan Muhyiddin Yasin bertanding jawatan tertinggi parti telah membuka ruang kepada perubahan-perubahan yang positif. Pressure group dari dalam parti sendiri mampu menyedarkan pimpinan parti akan keperluan untuk sentiasa cakna, proaktif dan responsif terhadap sesuatu isu. Saya sememangnya kurang bersetuju apabila jawatan no.1 dan no.2 tidak dipertandingkan pada pemilihan-pemilihan yang lepas atas dasar tidak mahu perpecahan. Jika tidak mahu perpecahan langsung wajar untuk perwakilan-perwakilan UMNO pada AGM untuk mengusulkan UMNO ditukar menjadi parti diktator. Perbezaan pendapat merupakan rahmat, melalui perbezaan pendapat jugalah kita dapat bertukar-tukar fikiran, dan cetusan-cetusan idea pemikir-pemikir ulung dunia adalah merupakan hasil daripada perbezaan ini. Pemilihan pada tahun ini akan menentukan jatuh bangun UMNO dan tidak premature sekiranya saya menyatakan keputusan PRU-13 terletak pada keputusan pemilihan UMNO 2008.

Anwar Ibrahim dan Muhammad Sabu

Hubungan kedua-dua individu ini mungkin juga boleh dikatakan seperti love-hate relationship. Mungkin lebih banyak perbezaan daripada persamaan, namun yang menyatukan kedua-dua individu ini pada platform yang sama hanyalah kepentingan perjuangan parti politik masing-masing. Jika ditelusuri sejarah perhubungan kedua-dua manusia ini, mereka sudah kenal antara satu sama lain semasa terlibat dalam politik mahasiswa pada satu ketika dahulu, dan juga di dalam Abim, dan mereka ‘berpisah’ apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan Muhammad Sabu menganggotai PAS. Kemuncak kepada perhubungan mereka ini adalah ketika Anwar Ibrahim ditangkap pada 1997 atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa. Daripada kawan lama, kemudian menjadi musuh lama, dan sekarang status mereka it’s complicated.

Apabila diajukan soalan mengenai kesediaan Mat Sabu secara peribadi menerima Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, beliau menangkis soalan tersebut dengan kepatuhan dan kesetiaan beliau untuk mematuhi segala pendirian parti, somewhat expected answer from a seasoned and experienced politician. Muhammad Sabu kenal Anwar lebih daripada jumlah umur saya hidup di dunia ini, maka pendapat dan pandangan beliau mengenai Anwar tidak boleh diambil mudah dan boleh dikategorikan sebagai antara yang paling hampir kepada sahih, dan bukan sumber yang dhaif. Maka sewajarnya kita juga mempunyai ruang dalam hati kita untuk meragui (bukan saya minta untuk menentang) keikhlasan, dan kredibiliti Anwar Ibrahim dalam keghairahan beliau untuk memporak perandakan kerajaan sedia ada yang telah diberi mandat untuk memerintah dengan spekulasi dan cakap-cakap kencang isu lompat parti akhir-akhir ini. Adalah lebih elok jika kita mengambil sikap berhati-hati agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Lompat parti

Dalam hal ini, saya bersependapat dengan saudara Muhammad Sabu, dan kami berkomunikasi pada saluran yang sama dan wavelength with same amplitude. “Memerintah dengan dignity”, jawapan yang diberikan ketika diajukan soalan ini setelah majlis selesai. Sengaja saya bertanyakan soalan-soalan sebegini diluar majlis kerana tentunya jawapan yang diberikan semasa Q&A berbeza dengan apa yang akan diperkatakan secara peribadi. Two wrongs don’t make one right. Saya membangkitkan isu kenapa Anwar Ibrahim menjustifikasikan tindakan beliau memancing Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat, dengan tuduhan-tuduhan yang BN juga telah melakukan banyak perkara-perkara yang tidak beretika. Yang salah tetap salah, kita harus bersedia dan berani untuk mengatakan a spade is a spade. Soalan saya, jika tawaran yang diberikan begitu menarik, kenapa mereka masih kalah di Borneo, kenapa rakyat menolak mereka di Borneo? Jangan kita menidakkan kebijaksanaan dan kuasa demokrasi warga Sabah dan Sarawak hanya untuk mencapai cita-cita peribadi menjadi Perdana Menteri yang tertangguh sejak 1997.

Peralihan kuasa memerintah biarlah melalu Pilihanraya Umum ke-13 nanti, apa yang akan berlaku ketika itu, samada 5 negeri dikuasai PR berjaya ditawan kembali oleh BN, ataupun PR menang besar, itu kita akan lihat kelak. Daripada menimbulkan kekesahan, tanda tanya serta huru-hara pada pentadbiran semasa elok sekiranya saudara Anwar Ibrahim menumpukan perhatian kepada mengukuhkan pakatan rakyat yang pada mata Muhammad Sabu selaku Naib Presiden PAS adalah sebuah pakatan yang longgar. Beliau juga ada menyatakan kemungkinan PAS menarik diri daripada pakatan jika cara yang digunapakai untuk memancing MPs dari BN menyertai PR itu diragui dan melanggar batas-batar moral, etika serta norma masyarakat, dan lebih penting lagi semangat demokrasi secara khususnya. Apatah lagi dunia akan memandang enteng dan serong kepada amalan demokrasi negara ini, maka agak sukar kerajaan baru dibawah PR mendapatkan kepercayaan dunia sebaik sahaja berkuasa, mungkin Amerika dan Israel sahaja yang akan sudi untuk bekerjasama, itupun melalui kenalan baik Anwar Ibrahim iaitu Paul Wolf-owitz. Secara berseloroh, Muhammad Sabu menyatakan mungkin DAP yang terlebih dahulu meninggalkan PR, kerana itu yang berlaku ketika DAP bersama Barisan Alternatif.

PAS sebagai sebuah parti politik

Prinsip dan pendirian PAS dalam beberapa isu yang terpampang didada-dada akhbar ketika ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut. Dalam kes pertukaran Jamry Suri yang dilakukan dengan membelakangkan kuasa Sultan Perak, PAS membisu sekian waktu, kata Muhammad Sabu, Ir Nizar demam terkejut kerana tidak biasa dengan perihal pentadbiran negeri-istana. Apapun alasannya, kegagalan memberikan kenyataan dan menyatakan pendirian PAS dengan segera telah membuka ruang kepada Karpal Singh untuk membawa kontroversi ini lebih hampir kepada situasi dimana akan mengeruhkan hubungan Istana dengan Pejabat MB. Mengenai bom petrol di pejabat DAP, biarlah polis menjalankan siasatan, adapun ini mungkin merupakan satu cubaan ‘mengalihkan’ perhatian umum daripada isu pokok pertelingkahan Karpal-Istana Perak, hanyalah spekulasi yang kita tidak perlu bazirkan tenaga dan masa untuk memikirkannya.

Mungkin ini merupakan permainan politik pada pihak PAS, untuk tidak cepat melatah dan dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi yang melanda negara pada ketika ini. Saya menantikan berita mengenai isu Ir Nizar memecat Jamry Suri untuk disiarkan dalam Harakahdaily.net. Namun berita tersebut muncul hampir seminggu setelah peristiwa tersebut berlalu. Pendirian PAS juga harus jelas dan tegas mengenai isu lompat parti ini, kerana sepertimana susahnya seseorang lelaki untuk berlaku adil dalam berpoligami, samalah juga susahnya untuk seseorang ahli politik yang ingin mencapai cita-cita dengan segera untuk tidak mengumpan dengan kuasa, wang dan kedudukan. Saya pasti PAS akan lebih lantang menentang mengenai perkara ini kerana perbuatan sebegini sangat ditentang dalam Islam, semuanya bergantung kepada permainan politik PAS. Saya ingin tegaskan tidak semua taktik dan stragegi politik tidak selari dengan ajaran Islam. Seperti contoh Machiavelli menghalalkan apajua cara untuk mencapai matlamat, saya pasti PAS tidak bersikap Machiavellian. Biarlah individu itu yang terlalu ingin menjadi PM dengan segera menjadi the Prince, seperti yang diceritakan oleh Machiavelli.

Diam tidak bermakna setuju, diam dalam politik bukan seperti diam apabila anak dara diajukan soalan semasa rombongan meminang tiba. Diam Abdullah Badawi semasa dilemparkan dengan tohmahan dan tuduhan-tuduhan keatas beliau nyata tidak menguntungkan beliau. Diam PAS tatkala DAP lantang bersuara menyatakan prinsip mereka, menegaskan Negara Islam bukan idea PR, kelantangan DAP dalam pentadbiran negeri-negeri dikuasai PR hanyalah menunjukkan PAS sekadar penumpang dalam bas PR yang mana pemandunya adalah DAP dan PKR sebagai konduktor bas. Meminjam kata-kat Tun Musa Hitam, dalam politik ada istilah elegant silence, tapi bagi saya tidak dalam keadaan ini. Benarlah kata Mat Sabu, pakatan ini longgar, bila-bila masa sahaja boleh bercerai-berai, dan adalah dukacita jika sebaik sahaja PR memerintah negara, perbedaan dan percanggahan ini menjadi lebih jelas dan menjejaskan pentadbiran negara hanya kerana pakatan yang satu pihak diam seribu bahasa, satu pihak lagi lantang sehingga menyusahkan diri sendiri, dan lagi satu pihak sibuk untuk memancing ahli-ahli parlimen pihak lawan.

Persembahan BN dan PR

Persembahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Ir Nizar di Perak, Khalid Ibrahim di Selangor, Azizan di Kedah, dan Nik Aziz di Kelantan akan menentukan samada Kerajaan Persekutuan yang bersidang selepas PRU-13 akan dimulakan dengan majlis pemasyhuran Speaker Dewan Rakyat daripada BN ataupun PR, dan saya percaya Istana Negara akan ternanti-nanti siapakah yang akan ke Istana Negara sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan. Sehingga waktu tersebut tiba, waktu berkempen telah tamat, pilihanraya pun sudah selesai, marilah kita mengetepikan ideologi politik masing-masing dan sama-sama bekerja untuk memastikan Negara kita terus maju dan disegani dunia.

Rakyat sedang memerhatikan bagaimana BN bertindak dan memperbetulkan keadaan, dan rakyat juga sedang melihat persembahan PR melalui negeri-negeri yang berada dibawah kuasa PR.

Sangat merugikan sekiranya perkembangan politik tanahair yang sebegitu positif ini tidak dimanfaatkan dengan sebetulnya dalam ertikata memberikan pendedahan kepada rakyat tentang kuasa memilih yang ada pada rakyat, semangat demokrasi negara yang boleh dipulihkan secara menyeluruh dengan peluang ini, institusi kehakiman yang sedang melalui reformasi positif dan juga badan penguatkuasaan undang-undang yang merupakan tunjang pentadbiran sesebuah negara. BN ataupun PR, saya tidak peduli, rakyat telah bersuara, mandat tetap diberikan kepada BN, hormatilah semangat demokrasi.

¹ citation needed

Advertisements

7 responses to “Permainan Politik

  1. adui, panggil mat sabu je? saya bukan nak hina mat sabu. tapi come on lah. mat sabu level ceramah untuk orang kebanyakan dan masyarakat kampung. bukan saya kata mat sabu salah, tapi masyarakat dublin yang silap.

    panggil macam dr kamaruddin jaafar ke, dr syed azman ke, khalid samad ke, dr dzulkifli ke, zaid ibrahim, shahrir samad, dato’ nazri, debatkan isu secara terbuka.

    kita nak bina political intelligence dikalangan masyarakat dan pelajar yang terpilih. kita mahu generasi kita bersedia dengan idea-idea untuk menyambut kepimpinan negara jikalau apa2 yang berlaku.

    kita masih suka lagi dgr cerita retorik politik.

    anyway, thanks sbb update cerita dari dublin

    really miss dublin. tgh download cerita once

  2. acabeire,

    kene tanya organizer la kenapa mat sabu, as for me i’m interested to know his story about DSAI, some of us here yang sokong DSAI tak kenal DSAI macamana Mat Sabu kenal dia. So seorang rakan lama mesti boleh bagitahu kita apa yang kita tidak tahu tentang rakan lama dia tu.

    Lebih baik kita kenal dahulu sebelum sokong, ini bukan apa belum kenal dah nak cinta.

    Tak tahu la level political intelligence Mat Sabu banyak mana, tapi daripada pengamatan, beliau mungkin boleh dikategorikan sebagai politikus veteran yang tahu selok belok politik tanahair.

    Tak mengapalah ilmu boleh didapati dari pelbagai jenis orang hatta daripada pencuri pun kita boleh belajar. Maka dalam kesedaran ini, kita belajarlah daripada kehadiran Mat Sabu ini, ambil apa yang baik, tolak mana yang buruk. Bukankah akal tujuannya untuk memisahkan yang mana baik yang mana buruk. Tidakkah kita semua sudah akil dan baligh.

    Terima kasih bagi komentar,

  3. A very long article… I was taking my time to comment on this one. A few things that I want to make clear of, Mat Sabu is one of the leaders of PAS. Prominent figure indeed in the political arena. Ruzaimi (unlike other students in Ireland) is the head of Kelab UMNO, which means he is very well immune to go to these talks host by oppositional party. Other students are bonded either by JPA or MARA have signed a document saying that they will not be involve in any political activities overseas. Is it fair or unfair, I am not a judge of that. And I am not eligible to comment on that either. So hence explains the poor turn out of students in the Hotel.

    Oh ya… There was indeed a letter been circulated to the students boy… And I suggest you read your email prior to going to these events ok. Just to be on the safe side. You are after all being sponsored. I suggest you ask the superiors in MARA if you are allowed to go to these talks.

    One thing I have to say, Never trust what you hear 100% in a political talk. I have had my fair share of political talks from UMNO, PAS, PKR and out of all of them, none have been 100% true to their word. Having said that, there is truth in it too. It is up to you to sieve it, understand and finally make a decision whether to trust it or not.

    As I would urge readers of this blog not to believe with 100% conviction that what the KUI president has said.

    Think and see the other end of the rope… Compare and analyse.

    How true that only 5% of Malays changed and voted other than BN? Mat Sabu is saying that 95% of the Malays who voted for BN in the past, stayed with their choice? 80% of Indians changed their mind and voted other than BN? You might think it’s due to Hindraf etc. But 80%? Hmmm… How far are these statistics right?

    You see… Race of voters are not revealed in any of the poles. Yes may be you need to fill in your race. But again it is not ever revealed by SPR that Indians voted this much and Chinese this much. So how is it that this political champion could sum up such a statistic? The only way I see him or SPR doing this is by assuming the race composition topography of a particular area and hence mathematically come up with the figure. And yet… How does he know that in the past PRU-11, I voted for what party? That is for sure confidential.

    What is he saying exactly? Is he implying that Indians and Chinese have more power to change the political hand of Malaysia? Or Malays are too divided amongst themselves to make any change possible? Like I said… Think hard before you form a stand.

    Than comes… Tun Mahathir, There is no doubt that he has been very critical about the management of the current government. And recently put up a notion to quit UMNO. But question is… Is he a BIG factor in the disgraceful defeat of BN? He is a factor no doubt. But does the people love him that much to actually change their mind in the government? I think not…

    I would think that the people have been to a stage of political awareness and hence understood much more about politics than ever. A reformation is underway clearly even if Tun did not open his mouth. He may have speed things up. But surely the people did not change their mind because of one man. A balancing power is indeed required in my eyes.

    In Ireland there is Fine Gael One of the largest opposition party… Powerful enough that they have their fair share of being and forming a government. Finna Fail is the current government… With such a great opposition, Finna Fail has to stay on the mark to ensure they stay in power.

    This is what is hoped for in Malaysia. An opposition party strong enough to stop all the corruption, misleading and iron fist that has been encircling the government.

    So is the government weak or weakened? NO WAY… To me, it has become stronger as for now, ideas and constitutions are able to be challenged in equal grounds. States that has been strong hold of UMNO is not infiltrated with fresh and new breeze, that hopefully will make everything better. The government is now NOT ALWAYS RIGHT!

    I am with boy for with the ‘lompat parti’ issue… But just to be neutral, Is it wrong for an opposition to lure MPs to join their party? You be the judge. Again think rationally, listen to every side and then stop listening and think… Understand… Form a your own stand. That is political maturity.

    I want to finally comment on the pakatan rakyat. It is mentioned in the article that it is pakatan ‘longgar’… Regardless of what Mat Sabu political motives are by saying that, he has introduced the idea that he has no confidence in the axis. This is highly off for him, I would say. He is indeed a man of words but to condemn your own axis? Hmmm… I again don’t know how far is this fact true.

    In malaysia there are lots of party as stand. Im sure of how many… But, what I believe is this, the more party we have in malaysia… The more divided we become. Hence in the Parliament there won’t be just a simple yes or no… It will be complicated with maybe and ultimatums which leads to a slow progress in development of the country.

    So if the Pakatan Rakyat were to be abolish yet again… Then there will be a division much greater than we see now. Is it a good thing or a bad thing? I leave to you to decide.

    I like the way the writer has sum the article… So I will do the same. In the end one party get to rule the country and form a government. Let us put our differences down and really let the government take its course. And if they slip… We are backed up with all so powerful oppositions. IN THE END… WE WANT A BETTER MALAYSIA!!!

    -THE LONER-

  4. Bro, check email betul2. Tn Hj Kamis dah send email. Boleh mntak pelajar JPA jugak email dr Cik Afidah.

    Kpd acab,
    bersyukurla skt. tahula ko mantap. tp tak perlu la rendah kan orang lain. kalo ko nk bincang psl bende yg bombastic fine. tp tak perlulah nk leceh kan orang lain.

  5. salam pelajar mara,

    thanks, sebab itu saya letak ‘citation needed’ sebab mungkin saya silap. Untuk rekod,
    saya tidak mendapat apa-apa email daripada en khamis, cik afidah, en. anand, embassy dll berkenaan dengan majlis ini.

    Ok, pelajar sekarang terutamanya yang berada di luar negara saya percaya semuanya pandai-pandai belaka, bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan ungkapan-ungkapan manis politikus yang keikhlasannya mungkin diragui, maka saya tidak melihat surat-surat larangan ini mengiyakan kebijaksanaan dan kematangan pemikiran pelajar-pelajar kita. Ini adalah pandangan peribadi saya.

    Saya sendiri yang menghadiri majlis tersebut tidak telan bulat-bulat apa yang dicakapkan oleh Muhammad Sabu, sebaliknya saya rasa mungkin maksimum 40peratus sahaja fakta yang diucapkan benar (disokong bukti-bukti statistik, sejarah, dan bukan spekulasi yang bersifat jahat dan tanpa unsur terlampau ber’pihak’ kepada satu-satu parti sahaja.

    Apa pendapat pembaca? Larangan dan halangan ini adakah perlu atau tidak?

  6. apada, kalau larangan perlu kene haramkan kelab UMNO dulu la…

  7. zakuan,

    sila baca perlembagaan kelab UMNO dahulu

    saya baru mendapat update dari pegawai msd, larangan adalah peringatan dan tiada kaitan langsung pun dengan kehadiran Muhammad Sabu.

    Kelab UMNO adalah kelab kebajikan dan aktiviti masyarakat Malaysia yang didaftarkan dengan MSD.

    Untuk hujah-hujah kenapa kelab UMNO tidak perlu dibubarkan, sila rujuk ruangan komentar artikel blog ini seperti dibawah bertajuk Tun Mahathir isytihar keluar UMNO.

    https://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/05/19/tun-mahathir-isytihar-keluar-umno/

    Apapun, thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s