Sebulan pasca PRU-12: Babi pula yang diberi perhatian

Pasca pilihanraya umum ke-12 menyaksikan satu aura kesedaran politik yang merebak ke seluruh negara, dari Perlis sampai ke Sabah, merentasi lautan-lautan utama dunia ke seantero dunia, dimana manusia bernama Malaysian boleh ditemui. Kesempatan ini, diguna pakai sebaik-baiknya oleh sesetengah pihak yang berideologi tertentu untuk mempengaruhi minda-minda politikus bidan terjun yang hanya akur kepada situasi semasa, menurut pada kekuatan gelombang arus politik dek bimbang digelar ketinggalan zaman ataupun tidak mahu terasa tersisih dan terasa lost dalam perbincangan politik tanahair yang masih lagi hangat diperkatakan ramai. 

Seperti jua rakan-rakan yang lain, penulis akur akan kegagahan aura ini, namun bezanya penulis mungkin telah lama cakna pada isu ini.

Apa yang sibuk diperdebatkan sekarang adalah isu babi. Menarik bukan? Marilah kita meneliti isu ini tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, dan tanpa fear or favour. Babi pada pandangan bukan melayu yakni non-muslim adalah sumber makanan. Bagi orang melayu pula (muslim), babi pula adalah seteruk-teruk najis yang haram dimakan, dan juga tidak diharuskan disentuh. Melihat dari luar kotak, babi adalah ujian Allah s.w.t akan toleransi manusia di muka bumi ini. Yang mana satu pihak akan melihat, ‘najis’ menjadi santapan perut. Manakala pihak yang lagi satu pula akan tertanya, bagaimana mungkin makanan harian mereka dipandang sebegitu hina. Pada saya inilah sesukar-sukarnya ujian pada toleransi kaum yang ada di Malaysia.

Bagaimana untuk bertoleransi? Mungkin sesetengah berpendapat, jangan dibenarkan terus penternakan babi di Malaysia sepertimana yang berlaku di Singapura yang majoriti penduduknya adalah penggemar hidangan berunsurkan daging babi. Kenapa di Malaysia ada beribu-ribu ladang ternakan babi disetiap pelusuk negeri kecuali di Terengganu? Pada saya jawapan untuk soalan diatas adalah sukar, tapi inilah contoh kekuatan kita sebagai satu negara berbilang kaum. Sejak dari dulu lagi, Melayu telah mula bertoleransi dengan keperluan kaum-kaum lain. Kerana itu adalah sifat orang Melayu, seperti kata pepatah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. 

Tertarik dengan ideologi sesetengah parti politik tanahair yang cuba memperjuangkan satu Malaysia untuk satu bangsa Malaysian. Menyatukan kesemua kaum-kaum yang ada dibawah nama Malaysian tidak akan menyelesaikan isu-isu sensitif seperti ini, sebaliknya mungkin membawa terlalu banyak minat dan masa terbuang pada perdebatan isu-isu yang dikategorikan sebagai kelabu ini.

 Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menghargai serta menghormati perbezaan yang wujud pada setiap kaum yang ada, dan cuba untuk mencari penyelesaian yang sebaik mungkin dengan mempunyai apresiasi yang sewajarnya terhadap sensitiviti sesetengah kaum. Ini kerana, Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Kemerdekaan kita adalah kerana kita berjaya membuktikan kita boleh bertolak ansur antara kaum, sikap ini yang diperlihatkan kepada British yang menyerahkan kedaulatan tanahair kembali kepada raja-raja Melayu yang merupakan simbol kepada institusi masyarakat tradisional tanah Melayu.

Secara umumnya, rakyat telah melihat dua perkembangan berbeza politik tanahair. Satu pakatan membawa idea satu Malaysia untuk satu bangsa Malaysian. Manakala satu barisan pula mengamalkan dasar pecah dan perintah yang mana masih lagi mementingkan perbezaan kaum dalam melaksanakan sebarang dasar. Kedua-dua pihak mempunyai separuh daripada tanah Malaysia untuk ditadbir, mengikut halatuju masing-masing, terpulang kepada rakyat untuk menilai.

 Kaum adalah identiti unik dan khusus seseorang, dan kita tidak mahu menjadi seperti yang berlaku di negara jiran dimana rakyatnya masih lagi mencari-cari identiti sendiri. Biarlah kita berbeza dari segi amalan harian, dengan adanya perbezaan barulah kita boleh berkongsi. Bagaimana ingin berkongsi sekiranya semua pun sama, tentu tidak menarik bukan?

Berbalik kepada isu babi ini, pendekatan serupa juga harus digunakan. One man’ s meat, another man’s poison, berpeganglah kepada perbezaan yang kita telah sama-sama hargai dan hormati. Janganlah kita polemikkan isu babi ini. Jika saiz yang menjadi isu, biarlah hanya keluasan ladang sahaja yang dibincangkan. Saya percaya isu sebenar bukanlah samada wajar atau tidak ladang tersebut dibina di kawasan itu, ianya hanyalah isu-isu tambahan seperti adakah saiz tersebut terlalu besar, ataupun adakah ini hanya mainan sesetengah politikus yang bermain api dengan meletakkan sensitiviti antara kaum sebagai modal.

Politikus-politikus yang baru tumbuh melata selepas hujan, janganlah berhujah semata-mata kerana emosi anda yang sayang kan parti. Sayang lah negara dahulu sebelum sayang parti yang anda sokong. Babi mungkin tidak tahu atau faham apa yang sedang berlaku ditanahair ketika ini. Jikalau babi berkebolehan untuk mendengar, membaca artikel blog dan komentar yang ditinggalkan, tentunya babi-babi akan tertawa melihat betapa mereka yang hanya najis kepada orang Melayu menjadi sumber perpecahan orang Melayu, dan penggemar daging Babi tersadai kekenyangan menyaksikan pertarungan sesama kita. Sifirnya mudah, jika faham amal budaya setiap kaum, maka toleransi bukanlah sesuatu yang sukar. Babi akan hanya menjadi sekadar seekor binatang sembelihan!

Untuk rekod: penggemar daging Babi tidak termaktub dan tidak spesifik kepada mana-mana kaum.

Advertisements

11 responses to “Sebulan pasca PRU-12: Babi pula yang diberi perhatian

  1. tak makan babi

    Babi akan tetap jadi taboo kepada Melayu.

  2. Allah S.W.T juga berfirman dalam surah al-anfal, ayat 1

    “mereka bertanyamu (Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah harta rampasan perang adalah hak Allah dan RasulNya. Maka bertaqwalah dan perelokkanlah hubungan di antara kamu, dan taatilah Allah dan Rasulnya sekiranya kamu adalah orang-orang beriman”

    Dalam ayat tersebut, jika diambil secara ‘kering’, maka smpai bila2 pun susah kita nk kaitkan dengan kehidupan dan situasi zaman kita skarang ini. Dengan itu, basahkan minda, suburkan pemikiran, perhatikan konsep dan idea yang Allah taala telah smpaikan pada kita.

    Latar belakang ayat.
    Turun pada ketika perang badar berakhir. Status perang badar, adalah satu perang yang mana orang2 yang terlibat dalamnya adalah iman yang sangat mantap. Rasulullah sendiri memberikan pengiktirafan khas bagi para mukmin yang terlibat dengan perang badar, mereka dikenali sebagai “Ahli Badar”.

    Perang ini terjadi boleh dikatakan hampir tidak sengaja, kerana tujuan asal perang bukanlah sebenar2nya Rasulullah bersama pengikut baginda sengaja pergi mencari pasal dengan musyrikin Quraisy dengan mengatakan “Hoi orang2 kafir, moh kita perang, saksikan siapa lagi terer!”

    Tapi sebaliknya, tujuan Rasulullah bersama pengikut2 baginda adalah untuk ‘memintas’ rombongan dagang Abu Sufyan yang pulang dari Syam ke Mekah. Dipendekkan cerita, Musyrikin Mekah dapat mengetahui angkatan Nabi, dan mereka bersiap sedia menghantar 1000 para pahlawan UNTUK MEMERANGI Rasulullah (Sedangkan tujuan asal Rasulullah bukanlah untuk perang). Bayangkan saja perbezaan dari segi persiapan antara golongan yang mahu berperang VS golongan nak pintas kafilah dagang.

    Dipendekkan cerita lagi, setelah pihak mukmin nampak angkatan tentera Quraisy, mereka terkejut, niat di hati berjumpa unta2 sarat dengan harta-harta perniagaan, tapi terjumpa pula kuda-kuda dengan pahlawan2 lengkap bersenjata. (bayangkan saja kita di situasi begini, paling berani sangat pn, mesti mintak time sket utk get redi balik umah amik pedang!)

    Tapi dek kemantapan iman yang dididik Rasulullah S.A.W, dengan semangat juang yang tinggi, para mukminin tetap brsama Rasulullah untuk mempertahankan aqidah di hati.

    (point daripada scene ini, bayangkan saja betapa MANTAP iman mereka semua di kala itu, dalam keadaan banyak rintangan sekalipun masih bersama2 Rasulullah)

    Selesai perang. Kemenangan di pihak yang benar, di pihak Mukmin. Harta rampasan bersepah. Para mukmin itu juga manusia, kelabu mata juga melihat harta-harta seolah menawarkan diri untuk direbut. Mulalah timbul soalan2 dan pertikaian2 kecil dalam merebut harta2. Secara logik akal, pertikaian boleh mambawa kepada perpecahan dan pemutusan persaudaraan. Maka Allah S.W.T menurunkan ayat tersebut.

    Apa idea di sebalik ayat?

    Perebutan untuk memiliki harta adalah perkara yang objektif. Tetapi perkara tersebut hampir membawa kepada perpecahan kaum Muslimin. Maka Allah menjawab bahawa segala harta tersebut adalah haq Allah dan RasulNya. Tapi yang lebih penting antara para muslimin, ialah hubungan. Maka mereka perlu memelihara taqwa, dengan memelihara hubungan lebih daripada memelihara keinginan untuk memiliki harta tersebut.

    Apa kaitan dengan situasi babi?

    Babi itu adalah makhluk Allah, milik Allah. Dan Allah Maha mengetahui dan Maha Hebat untuk mengelakkan babi itu memberi mudharat pada manusia; provided that, kite menjaga haq2 saudara kita, haq2 manusia lain. Matlamat menjaga hubungan itu sesama kita sebangsa dan antara bangsa itu adalah lebih penting. Dan Allah akan menjaga apa yang berada dalam milikNya.

    Tapi sejauh mana keyakinan kita pada Allah? Keyakinan rendah pada Allah, maka membawa kepada ketidak yakinan bahawa hanya Allah yang memberi mudharat, bukannya babi, bukannya buangan babi, bukannya najis babi, dan segala2nya dari babi!

  3. terima kasih kamal,

    Tidak keterlaluan sekiranya saya kata penjelasan kamal menyokong artikel ini tapi dikuatkan lagi dengan kisah teladan dari ayat suci al-Quran yang turun ketika Perang Badar.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi. Sambil kita berdebat isu babi ada hikmah juga, kita boleh belajar sirah Rasulullah s.a.w.

    teruskan memberi komentar!

  4. aku tak suka kalau ladang babi sebelah rumah aku

  5. hurm. pasal babi ni selalu jadi isu. mungkin sebab orang kita tak paham sangat kot kedudukan babi tu. kebanyakan kita ade sentimen kat babi. kesian babi. hehe. tapi kalau tengok balik. ade je orang yang tak makan daging lembu. adekah bermakna kita tak payah bela lembu? ade je orang yang kita panggil vegetarian. adekah maknenye kita tak leh bela sume jenis haiwan berdaging? hehe;so same je kan dlm kes ni. toleransi!

  6. aah

    btol tu enabanana…pastu lg 1 leh reflek diri msyarakat kite nih, tengok, kite memang betol punye tanak kat babi tuh, smpai ape jadi pn lantak lah, sanggup korbankan perpaduan antara kaum, ikatan antara bangsa, asalkan binatang haram dimakan tu tak dok dekat ngan kite. well, dr 1 aspek, bgus la kan, punya la mnjaga salah satu dari amalan agama (wlaupn ade je pendapat ulama’ bahawa pegang nabi x najis, tp makannya memang kompom haram ye dalam quran)…

    tp perasan tak? dalam bab babi ni, punya la sensitip nak mampos, nk kate depa sensitip ni pn depa sensitip gak! kirenye klu tgur bab orang2 yang obses dengan najis n haramnya babi tuh, silap2 depa kata kite ni lawan islam n wajib diperangi!

    TAPI…klu masuk bab haram mende lain…haram pegang pmpuan bukan mahram smpai naik nafsu ke…haram mengutuk mengumpat memburukkan orang lain menipu ke…haram fitnah ke….aih, x la seGELI macam geli kat haram babi tadi eh?

    pelik pulak aku…ni kata haram babi sebab babi tu ialah babi ke sebab Allah kata babi tu haram? klu kate babi tu haram sebab babi tu ialah babi, ini sudah x betol kan? kene yakin haram makan babi tu sebab ALlah kata haram…tapi kalau kate babi tu haram sebab Allah kata haram…how bout bnda2 haram yang lagi beratus2 byknye, yg 3 hari 3 malam list pn x abih lagi? mcm xde pn usaha nk elak bnda haram yang lain tuh?

  7. sori, tadi yang i mention about ‘pertahankan keharaman babi smpai korbankan perpaduan kaum ape sume tu’, i did mention yg to a certain extent ia bagus..

    ni kene bezakan prioriti ye, Allah berfirman dalam quran tentang haram makan daging babi, so kite letakkan keyakinan hati kita bahawa babi tu haram dimakan. Yang perlu dipertahankan ialah keyakinan ye, andai kata ada usaha untuk menghilangkan keyakinan dari hati kita tentang babi itu haram din=makan, maka itu melibatkan iman, dan iman perlulah teguh…

    tapi dalam isu ni, takde sorang pn yang cakap kat sume orang islam “hai orang2 islam, kamu ni gila la kata babi tu tak haram”, mereka semua menghormati pendirian kita bahawa babi itu haram dimakan bagi kita…Islam juga mengajar kita menghormati mereka yang tidak sama pendirian dengan kita…Allah berfirman dalam Al-Baqarah, ayat 272:

    “bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki”

    Kita tak dapat mengubah pendirian orang supaya mengikut pendirian kita, kerana Allah lah yang memegang hati2 kita. Tapi memang kita kena berpegang kuat dengan pendirian kita, tambahan pula yang diwajibkan Allah, pencipta kita. Tapi itu tidak bermakna kita perlu memaksa orang lain supaya mengikut kita, sebaliknya kita tunjukkan keteguhan pendirian kita, dan senaraikan alasan kenapa kita berpendirian demikian.

    so, hendaklah ade sifat toleransi bagi kita untuk menghormati keperluan orang yang tidak sependirian dengan kita, hormati mereka, insyaAllah kita akan dihormati. Tapi jangan gadaikan pendirian iman kita.

    tapi utk statement sye kat atas sekali tu, i’m not saying dat kite perlu korbankan perpaduan dalam hal ni, kerana dalam hal ni, xde sikit pn ancaman terhadap akidah, cube berbeza pendapat tentang cara pengurusan, dan geli ngan x geli kat babi. tu je.

  8. Assallamualaikum semua sahabat seislam. Isu babi ni menarik perhatian saya. Pada pendapat saya, sebenarnya kita tidak menjaga kepentingan kaum kita apatah lagi kaum yang makan babi tu. Yang kita cuma pentingkan hanyalah segelintir tokeh-tokeh babi yang bakal mendapat untung. Satu perkara yang kita kena ingat….kalau kandang babi tu ada kat kampung kita. apa kita rasa. eloklah diberi peluang orang Sepang menyuarakan pendapat mereka dulu mengenai isu ini. Jangan menzalimi mereka kerana mereka lebih ramai daripada tokeh-tokeh babi ni. Yang penting, jangan menzalimi orang Islam khususnya dan yang tidak makan babi amnya. Saya percaya anda semua bukan orang Sepang. Memang Allah yang menjadikan binatang ni, tapi tak de pulak sebut suruh ternak dekat kaum muslimin. Satu soalan untuk semua. adakah mereka-mereka itu bertoleransi dengan kita dalam banyak perkara contohnya mereka mengatakan azan subuh seperti salakan anjing. apa komen anda sebagai orang islam. Jika diteliti, banyak perkara yang menyakitkan orang islam telah berlaku di negara ini tak kira dalam pemerintahan BN atau Pakatan Rakyat. Berkatalah dengan benar, bukan berkata kerana selari dengan fahaman yang disokong. Pkpkkanlah.

  9. To cubapk,

    I hear you. But please be aware that political point of views and the reality might not be the same with each other. Yes as a Muslim I feel disappointed having to hear that azan is equalized to salakan anjing. BUT is this true? If those words come from a politician, I think you do not have to be upset about it, because all in all we know on what purpose that statement is “digembar-gemburkan”. Anda berkata “banyak perkara yang menyakitkan orang Islam telah berlaku di negara ini”. Try to look at the greater picture. Adakah PBT tidak “menyakitkan” agama lain di negara ini? If I said there are a lot of temples being demolished will you agree with me? Will the non-Muslims not be “sakit” with this? However, looking on the other hand, yes PBT also demolished quite a number of suraus as well. Well, the issue here was not about controlling the spread of any religion (why must a kerajaan do that anyway?) but it is a legal matter for e.g. bina atas tanah haram.

    There are no clear-cuts in this grey area i.e. religion, that is why we must fight and stand for the concept of TOLERANSI. If azan dilaungkan di kawasan yang majoriti penduduk bukan Muslim, nak buat apa? They will not come to pray subuh with us, will they? And yes I completely understand that mungkin kampung berjiran ada ramai Muslims, then perhaps corong pembesar boleh dihalakan ke arah kawasan penduduk Islam sahaja. Ini kerana tak guna melaungkan azan sekuat2nya dengan harapan orang Islam bangun pergi ke masjid tapi bukan semua pun bangun, instead orang bukan Islam pula yang marah kat kita. And for me, I for one refuse to believe the word “salakan anjing” because I am confident that those words are politicized. Saja je nak suruh rakyat Malaysia gaduh2.

    Akan ada yang fikir “Harlequin boleh la cakap macam2 sebab dia bukan hidup kat Sepang, ladang khinzir tu bukan kat sebelah rumah dia” and “Harlequin bukan duduk kat kawasan orang non-Muslim kritik azan Subuh tu”. You are absolutely correct. I personally do not have the reply if the people of these 2 neighbourhoods, who are much more superior than me and more layak utk bercakap than me. But the thing is, even it is ladang lembu ke, kerbau ke, I will not be happy about the smell and the dirtiness as well. So it is not about babi aje yang kotor, anything, ladang ayam pun busuk ape, in fact lagi bahaya in the outbreak of SARS. Konfirm mati, kalu khinzir ni takde pulak outbreak of Piggy Influenza so far. Pasal azan subuh lak, erm kalau muazzin tu suara garau and azan tak best, rasa nak pelempang jugak..but it is just my sarcasm and I think the bottomline about azan issue is if orang dah marah2 there might be more to it, not just the simple rough understatement of “kejatuhan Islam”. Buat apa orang nak marah kat benda yang tak patut, betul ke tak? Tak usah lah nak paranoid cakap2 yang org non-Muslim ade agenda nak jatuhkan Islam la ape la, just admit it that we as humans might not practise the real Islam at the first place and contribute the most to the fallible of Islam in the world. Look at Mumbai incidence, to say the least, again Muslims tainting Islam.

    I rest my case then.

  10. Oh I missed the Japanese Encephalitis in Negeri Sembilan which was related to piggies. Then please debunk my Piggy Influenza analogy. Sorry!

  11. klu ckp psl babi nie, saya sensitip skit la….. bkn apa, negara kita asyik nk jga martabat org islam je, but how bout the non-muslim??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s