Melayu jangan lupa

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Advertisements

One response to “Melayu jangan lupa

  1. Puisi agung Tun Dr Mahathir, Perjuangan Yang Belum Selesai. Puisi yang telah diperkatakan sejak sekian lama. Puisi yang telah diselitkan di dalam lagu. Puisi yang saya fikir, bukan sahaja seluruh ahli UMNO tahu malahan sebilangan besar rakyat Malaysia. persoalannya, berapa ramai mereka yang mendengar mahupun menghafal sajak tersebut, betul-betul mendalami maksudnya, betul-betul memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pemimpin agung tersebut dan juga berapa ramai yang mengambil tindakan?

    Kebanyakan orang Melayu, terutamanya remaja-remaja yang dibesarkan di bandar-bandar besar tidak memahami maksud puisi ini. Mereka menganggap puisi ini hanyalah sebuah puisi yang direka sekadar berkarya. Mereka telah hanyut dalam arus ‘perpaduan’ Malaysia dan Islam Hadhari. Mereka tersalah tafsir maksud Tun Mahthir. Mereka fikir semangat Melayu sudah tidak releven. Mereka fikir semangat Melayu sudah tiada tempat di Malaysia. Mereka fikir kita perlu melangkaui kaum dalam segalanya.

    Bagi saya, analogi yang tepat adalah orang melayu itu boleh diumpamakan seperti keluarga. Samalah seperti kita menganggap orang Islam sebagai keluarga kita. Kita perlu bantu jika mereka dalam kesusahan, kita perlu bantu jika mereka tak tahu sesuatu, kita perlu berusaha untuk membangunkan ‘keluarga’ kita. Having said that, the end does not justify the means. We should not work towards a more developed Malay at the expense of hurting other races. Not at the expense of neglecting other people that we should help. Not at the expense of stabbing your non-Malay friends in the back.

    I really think that what Tun was saying in the poem is just that. We need to be reminded that we were once on top of the world. We were once global leaders. AND, we need to be reminded who brought us out of the colonial era and their hardships, their suffering, their effort to free our land from the imperialists. But remember, not even once in the poem Tun mentioned about bashing other races, killing them, utterly destroying them, annihilate them from the face of the earth. That’s a big NO. After all, non-Malays are also Malaysians. They are Malaysian citizens. They have the same IC as us. Malaysia is like the grandparents. You can steal your cousin’s (ie:non-Malays) money just because you want to give the money to your brother (ie: Malays). There has to be some compromise. All I’m saying is that, help you brother first, than help your cousins. Does it not make sense?

    ps: sorry for the bilingual posting and to boy, sorry aku buat macam blog aku sendiri pulak. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s