Taklimat Persediaan Pelajar Baru ke UK & Ireland 2008

predeparturecopy.jpg PDB08 picture by ruzaimiramza

Assalamualaikum w.b.t

Anda masih belum pasti apa yang akan anda lakukan semasa cuti summer nanti?

Consider this!

Taklimat Persediaan Pelajar Baru ke UK-Eire merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara yang berteraskan Integrasi, Motivasi dan Induksi di samping menjadi jambatan untuk membina hubungan silaturrahim antara pelajar baru dengan mereka yang sudah pun berada di UK-Eire.

Untuk itu, pihak kami memerlukan bantuan dan sokongan dari seramai yang mungkin untuk membolehkan program ini berjalan dengan lancar dan objektif serta sasaran taklimat ini berjaya dicapai.
Kita pernah melalui saat-saat ini semasa mula-mula mendapat surat tawaran dari university. Pelbagai reaksi dan persoalan timbul dalam fikiran. Ada diantara kita yang lebih bersedia,bersemanga t dan tidak sabar-sabar untuk berlepas. Dan ada juga yang masih risau, takut dan tidak dapat meninggalkan keluarga di tanahair. Peranan kita adalah untuk menyampaikan sebanyak mungkin maklumat dan meredakan sedikit keresahan mereka.

Kesudiaan saudara/saudari untuk melibatkan diri dalam program ini amatlah dihargai dan saya pasti akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada adik-adik yang akan menyertai kita di perantauan, malahan kepada diri sendiri.

Sedikit maklumat mengenai program ini supaya anda dapat memasukkan program ini dalam diary atau kalendar perancangan anda untuk cuti musim panas ini.

Taklimat Persediaan Pelajar Baru ke UK-Eire 2008
23rd August 2008
Kuala Lumpur
9am-6pm

Sekali lagi, saya memohon jasa baik saudara/saudari untuk tampil kehadapan menyatakan kesudian untuk membantu kami menjalankan satu lagi aktiviti sosial dan kebajikan yang bermanfaat ini. Sila email ke ruzaimiramza-(at)- yahoo.com atau hubungi saya di +353 85 7084608 untuk mendaftarkan nama dan
untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, Terima kasih

Berkhidmat Untuk Negara

Ruzaimi Ramza Ramli
Pengerusi
Kelab UMNO Dublin
ruzaimiramza-(at)-yahoo.com
+353 85 7084608

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s