BERSIH yang mencemarkan & ada udang disebalik HINDRAF

Pada pagi ahad 10 Nov 2007 iaitu pada hari-hari terakhir penulis berada di Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang ke Dublin, terdetik niat untuk turun ke Seri Kembangan atas urusan dan untuk membuat pembelian saat-saat akhir untuk dibawa bersama ke Dublin. Bagai luruh jantung penulis apabila melihat susunan kenderaan yang berasak-asak, lebih perlahan daripada kelajuan si kura-kura menghala ke plaza tol Sungai Besi. Kesesakan dianggarkan sepanjang 10km. Secara otomatik, perkara pertama yang terlintas di minda adalah mengeji dan mengutuk demonstrasi BERSIH yang dirancang oleh sebuah NGO. Belum sempat lagi untuk mempertimbangkan kewajaran dan keperluan mereka berdemonstrasi melalui pemikiran yang rasional, kemarahan dan kekecewaan telah menguasai diri tatkala penulis semakin kesuntukan masa untuk menikmati hari terakhir berada di tanahair yang tercinta.

______________________________________________________________________________________

BERMULA DENGAN PAGI YANG TENANG

Tumpuan kami di dalam kereta tertumpu kepada berita dan info trafik yang disampaikan melalui saluran-saluran di radio, puas kami menukar siaran radio, semuanya berbicara mengenai satu perkara sahaja iaitu – kesesakan lalu lintas yang amat teruk dan parah akibat demonstrasi jalanan haram BERSIH. Adakah ini merupakan salah satu objektif perhimpunan yang dirancang? Walaupun pihak penganjur menjanjikan perhimpunan dan perarakan yang aman, adakah ini yang mahu ditonjolkan dan disampaikan oleh pihak BERSIH untuk dijadikan teladan? Andaikata, jika, dan kalau lah dalam pilihanraya Umum yang akan datang mereka berjaya memperolehi majoriti kerusi, adakah mereka akan membenarkan sekiranya kesemua ahli UMNO yang seramai lebih 3 juta itu mengadakan perhimpunan aman cuba mencabar keputusan pilihanraya? Tidakkah tindakan itu merupakan benih kepada huru-hara yang nyata tidak memberi sebarang manfaat kepada negara.

Bicara pada kali ini bukan hanya ingin menyentuh mengenai kesesakan lalu lintas ibunegara sahaja, sebaliknya ingin mengupas akan kemungkinan-kemungkinan impak dan natijah yang bakal menimpa keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Pertama, BERSIH yang mencemarkan. Bagaimanakah kita hendak menegakkan sesuatu keadilan dengan cara melanggar undang-undang dan membelakangkan prinsip Rukun Negara? Yang jelas, perhimpunan tersebut adalah haram dan melanggar undang-undang secara prinsipnya. Kenapa harus memperkecilkan kredibiliti pihak berkuasa dan pemimpin negara demi mencapai matlamat yang masih samar lagi kesahihannya. BERSIH dan sekutu-sekutunya mungkin menganggap sistem perundangan, sistem eksekutif dan kuasa yang ada pada penguatkuasa undang-undang negara dipandang enteng dan sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Kalau sebaliknya, tentunya BERSIH tidak akan bertindak seakan-akan merekalah yang menentukan undang-undang, merekalah yang menguatkuasakan undang-undang dan merekalah yang sedang mentadbir negara pada masa ini.

DEMOKRASI HURU HARA?

Hakikatnya, yang mencabuli demokrasi adalah BERSIH itu sendiri apabila sekutu parti-parti politik pembangkang yang merupakan ‘mastermind’ kepada perarakan ini tidak dapat menerima kekalahan mereka pada pilihanraya umum lalu dan ekoran keinginan membuak-buak untuk memegang tampuk pemerintahan negara kita yang aman makmur, kaya raya ini, ada sahaja cara yang direncanakan untuk menimbulkan huru-hara, kekacauan dan contoh serta implikasi yang tidak baik kepada bukan sahaja masyarakat umum malahan juga pelancong-pelancong asing. Berbekalkan kepanjangan akal yang dikurniakan Ilahi, marilah kita berfikir sejenak diluar kotak dan menilai kembali kesan dan impak perarakan 10 Nov tersebut. Berkenaan memorandum dan permintaan yang telah disampaikan kepada Istana Negara cukup sekadar menghantar wakil daripada BERSIH dan sekutu-sekutunya sahaja. Tidak perlu lah penganjur mempengaruhi orang ramai yang membawa anak-anak kecil dan keluarga berjalan didalam hujan dan terdedah kepada bahaya, hanya kerana ingin berjuang atas nama demokrasi! Barangkali segelintir daripada kita di golongan kiri terpengaruh dengan gerakan-gerakan revolusi di negara-negara seperti Myanmar, Thailand, Russia, France dan lain-lain. Polis anti rusuhan di tempat-tempat tersebut lebih ganas dan zalim daripada polis Malaysia. Percayalah, bukan cara kita orang Timur bangsa Melayu berdiplomasi secara kekerasan. Bukan melalui demonstrasi jalanan, bukan melalui hasut menghasut dan juga bukan hanya menuduh mana-mana pihak bagai menuding jari, tak sedar jari sendiri berkudis

BERSIH BUKA JALAN KEPADA HINDRAF

Tanggal 10 Nov juga telah membuka ruang dan peluang kepada satu lagi NGO yang samar dalam bentuk intipati sebenar perjuangan mereka akan tetapi jelas dalam mengeksploitasikan segala isu yang ada, cekap menyambar segenap bentuk peluang yang ada dan, kesanggupan mereka untuk membuka pekung di dada sendiri sungguh mengecewakan. HINDRAF ataupun Hindu Rights Action Force dalam usaha mereka menuntut gantirugi daripada kerajaan British sebanyak $4 trillion ternyata mempunyai agenda tersembunyi yang telah jelas ditonjolkan pada 25 Nov lalu. Tuntutan rasmi kepada kedutaan British tidak kesampaian, yang zahir hanyalah kedangkalan dan kejumudan pemikiran penganjur yang memperalatkan sensasi angka $4 trillion dan nama kerajaan British untuk menyampaikan agenda tersembunyi mereka. Ketika ucapan wakil Hindraf pada hari tersebut, hanya media asing yang diberi perhatian supaya matlamat utama mereka iaitu untuk memburuk-burukkan nama negara di mata dunia kesampaian. Akibatnya, rakyat mengutuk perarakan tersebut yang jelas hanya menimbulkan lebih banyak kekacauan berbanding perarakan sebelum ini walaupun angka yang hadir jauh lebih kecil. Perkara ini jika tidak dikawal dan dipantau dengan teliti oleh pihak berkuasa boleh membawa kepada perselisihan pendapat dan membawa kepada isu perkauman dan keagamaan. Syukur, ianya dapat dikekang dan masih lagi terkawal. Prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan setelah 13 Mei 1969 bukan hanya sekadar untuk diperkenalkan sahaja. Sebaliknya, ianya hendaklah dipatuhi dan diamal dengan sepenuh hati supaya sejarah hitam tidak akan berulang lagi.

Tuntutan Hindraf

Inti taklimat yang paling jelas dinyatakan Uthayakumar antara lain ialah
1. Party politik kaum India di Malaysia langsung tidak mempunyai kuasa menentukan masa depan dan kebajikan masyarkat India.
2. Hindraf tidak akan berunding atau merujuk kepada mana2 party politik kaum India dalam mencapai agenda mereka.
3. UMNO bertanggungjawab ‘menganak tirikan’ (marginalising) masyarakat India sejak 50 tahun yang lalu.
4. UMNO menidakkan masyarakat India dalam pelbagai bidang ekonomi, pelajaran dan pekerjaan.
5. UMNO memegang kuasa politik mutlak. Kewangan dan ketenteraan (persenjataan) semua nya dalam tangan orang UMNO / Melayu.
6. Hindraf akan hanya berbincang / berunding dengan UMNO.

(Referred from jinggo fotopages.com. Thanks)

MEMORANDUM HINDRAF KEPADA BRITISH. MESTI BACA!!!

HINDRAF
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com

15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon Brown
Prime Minister of the United Kindom
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, URGENT
SW1A 2AA

Dear Sirs,

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).

2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.

We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, NGO’s, the Malaysian Human Rights Commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not pressworthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true.

The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and Malay chauvinists UMNO led Malaysian government.

Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-

1.100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.

2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population.

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia.

The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007.

A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple.

In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods.

At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code.

These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars.

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life.

Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us.

CONCLUSION

We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils.

APPEAL

On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:-

1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia.

2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians

Thank You,

Yours Faithfully

P.Uthayakumar
Legal Adviser

(Taken from Haris Ibrahim’s blog. Thanks)

RASIONALISASI

Secara rasional, gerakan-gerakan ini dan protes yang telah kita lihat dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini merupakan satu ‘wake up call’ kepada kempimpinan negara yang seharusnya tidak secara terus mengetepikan akan kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat. Walaupun, pada pendapat saya, ianya mungkin tidak mampu untuk mewujudkan ‘shift factor’ yang besar kearah pembangkang, namun ia tidak seharusnya dipandang enteng. Walaupun terdapat beberapa kekhilafan dari pihak kerajaan, SPR ataupun parti yang memerintah, saya percaya kaedah yang lebih diplomatik, bersopan dan bersusila lebih menjadi pilihan sebagai amalan kita rakyat Malaysia.

RUKUNEGARA

Marilah kita sama-sama merenung maksud disebalik Rukun Negara;

Jata Negara

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Advertisements

One response to “BERSIH yang mencemarkan & ada udang disebalik HINDRAF

  1. Walaupun saya juga kurang senang dengan cara BERSIH menyampaikan mesej mereka, akan tetapi, kita juga tidak boleh mengetepikan sama sekali usul-usul yang dibawa mereka. Jika mereka boleh mengumpul rakyat sebegitu ramai untuk berhimpun di suatu tempat, mungkin pihak kerajaan perlu sedar bahawa ada kemungkinan bahawa terdapat kelemahan yang perlu diatasi dalam sitem pilihanraya yang digunapakai pada waktu ini. Ribuan orang yang berkumpul pada hari itu hanyalah secebis daripada ribuan lagi yang berada di rumah dan takut untuk menyertai perhimpunan tersebut, mereka yang takut untuk menyuarakan pandangan mereka secara fizikal, mereka yang takut ditangkap polis, ataupun mereka yang berfikiran bahawa menyertai perhimpunan tersebut tidak membawa apa-apa makna.

    Saya bukan menuding jari kepada pihak kerajaan dan menyatakan bahawa mereka menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan politik sendiri, tetapi pada pendapat saya, sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat, tampuk pimpinan BN yang beragama Islam perlu menyedari hakikat bahawa ramai yang tidak puas hati. Jika tuduhan BERSIH tidak betul, itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bukan sahaja mengutuk tindakan BERSIH berhimpun, tetapi juga menerangkan kepada rakyat bahawa mereka membawa usul berdasarkan fakta-fakta yang salah dan palsu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s