Boleh-land is a Psycho-land??

Di petik daripada UTUSAN MALAYSIA 22 Nov 07

Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental

SUNGAI PETANI 22 Nov. – Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

RRR: 16% daripada 26 juta adalah sama dengan 8 orang daripada 50 orang mengalami sakit mental! Ini bukan sahaja membimbangkan tapi dah ditahap bahaya. Ini bukan modal insan yang kita mahukan.

Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.

Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

RRR: Golongan remaja gagal untuk mengawal ataupun masih mempunyai kesedaran yang rendah dalam mengatasi tekanan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Seharusnya kejayaan seseorang pelajar tidak diukur dengan berapa bilangan A yang mereka perolehi didalam sesuatu peperiksaan. Kejayaan adalah secara keseluruhan bukan hanya berdasarkan keputusan UPSR, PMR, ataupun SPM semata-mata. Dengan adanya sokongan dan khidmat nasihat serta kaunseling yang berkesan, kegagalan untuk mendapat semua A dalam matapelajaran akan dilihat dari aspek positif oleh pelajar. Kehendak semasa dan tekanan daripada konsep yang diterima oleh keluarga, rakan sebaya dan awam yang menilai kejayaan pelajar melalui bilangan A menyebabkan pelajar merasakan hidup mereka tidak bermakna lagi jika tidak mencapai sasaran semua A. Jika difikirkan, sekiranya semua pelajar kita mendapat semua A dalam satu-satu peperiksaan yang diduduki, adakah sistem IPTA dan IPTS kita mampu menerima mereka semua? Jika semua memilih untuk mengikuti jurusan perubatan? Pelajar harus didedahkan dengan ribuan peluang alternatif yang ada sekiranya mereka gagal. Kita pun dah dengar ramai tokoh korporat dan ilmuwan yang berjaya sekarang, mereka pun pernah gagal.

Chua berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 paratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

“Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi, manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh,” kata beliau.

RRR: Segelintir bomoh pun pesakit mental juga!

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikitiari kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.

RRR: Ramai yang menganggap belajar mengenai sakit jiwa menjadikan seseorang itu gila. Saya cadangkan kerajaan buka lebih banyak peluang untuk doktor-doktor muda untuk menyambung pelajaran dalam kepakaran psikiatri di dalam negara mahupun luar negara.

“Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila’ dan ini menyebabkan kursus perubatan psikitiari tidak begitu popular sehingga sekarang,” kata beliau.

Katanya, setakat ini, cuma terdapat 145 orang pakar psikitiari dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikitiari.

Chua berkata, sehubungan itu, kerajaan mahu usaha mempertingkat kesedaran mengenai kesihatan mental ditambah.

– Bernama

RRR: Membimbangkan? Jangan bimbang sahaja, sesuatu harus dilakukan bukan sahaja menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja, perlaksanaan sesuatu hendaklah secara menyeluruh mungkin melalui beberapa agensi kerajaan ataupun kementerian yang berkaitan (i.e Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dll..).

‘We are all born mad. Some remain so.’
Samuel Beckett , Irish Famous Author

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s