Elaun Pelajar di Ireland

A’kum sekali lagi…

Harap email ini dapat dibaca juga oleh En. Shariff. Pertama sekali pada petang hari jumaat selepas pembentangan budget 2008 dilakukan oleh YB PM yang kami kasihi tempoh hari, terukir senyuman dalam ketidakpastian di bibir-bibir pelajar-pelajar tajaan kerajaan di Ireland. Ini kerana nama-nama negara yang disebut terlibat dengan kenaikan elaun hingga 97% adalah UK, USA dan Canada tetapi tidak Ireland. Ramai dikalangan kami yang optimis kerajaan telah meletakkan Ireland bersama UK pada mulanya. Namun apabila difikirkan kembali, takkan lah kerajaan kita yang sudah 50 tahun merdeka tidak tahu Republic of Ireland lebih dahulu merdeka dari jajahan British. Maka kami keliru dan dalam keadaan curious.

Beberapa hari lepas, surat pekeliling telah dikeluarkan oleh Pegawai JPA ke Ireland iaitu En. Jamalullail mengatakan TIADA kenaikan elaun. Memang tidak dapat disembunyikan lagi kekecewaan serta kehampaan kami di Ireland yang terasa seperti telah disisihkan. Terus saya menerima pelbagai panggilan yang ingin KUD terlibat secara langsung untuk membuat rayuan kepada pihak kerajaan. Pada hari tersebut juga saya telah menghubungi Dato’ Latiff Ahmad, Dato’ Adham Baba, Pn Hjh Ilani, Dato’ Noraini (Puteri) dan juga En. Ikmal Ismail (PA Tok Pa) untuk mendapatkan kepastian. Memang TIADA kenaikan.

Maaf jika email ini berbentuk luahan kekecewaan, tapi kami di Dublin terutamanya memang memerlukan ihsan dan kasih sayang dari pihak kerajaan untuk membantu kami menempuh hari-hari yang semakin membesarkan lubang di poket seluar dan dompet kami. Seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Adham iaitu menghubungi MSD , pekeliling JPA sudah mengesahkan tiada kenaikan. Cadangan Dato’ Latiff: ‘ Buat rayuan bukan bantahan’. Saya setuju dan patuh dgn cadangan tersebut. Maka saya telah menghantar sms kepada En. Ikmal untuk bertanya prosedur membuat rayuan. Telah dijawab oleh En. Ikmal dan rayuan (bukan bantahan) akan dibuat secara rasmi oleh KUD.

Kini dalam masa seminggu sahaja, topik perbualan harian kami adalah kenapa pelajar di Ireland di sisihkan? Bagi saya, pelbagai usaha telah saya lakukan untuk menyatakan keadaan kami di Dublin yang terdesak. Jika saya boleh petik dari UCAPAN WAKIL KULN DI PAU, DR AFIDA AWANG SOH pun telah menyatakan di hadapan ribuan perwakilan dan menteri2, timbalan menteri2, SU pol, SU par Kementerian di PWTC. semua sudahpun dengar dan maklum mengenai perkara ini. Telah saya sampaikan sendiri maklumat kepada pimpinan teratas JPA ketika Makan Tengahari bersama Tok Pa di Legend Hotel sempena PAU 06. Telah saya sampaikan kertas kerja memohon kenaikan elaun utk ireland pada tahun 2005 ketika lawatan Dato’ Zulkifli (Ketika itu di KPT) ke Dublin. Pelbagai usaha telah dilaksanakan. Saya rasa ini bukan kes terlepas pandang, kami mungkin tidak dipandang langsung.

Ada pelajar yang menyampaikan kekecewaan di blog, ada yg kecewa dalam diam, ada juga yang mengadu kepada ibu-bapa yang jelas juga bersedih dalam hal ini. Malahan ada juga diantara kami (ramai) yang telah mula mencari kerja sampingan untuk terus hidup di Dublin. Saya tak mahu membandingkan keadaan di sini dengan negara2 di UK kerana saya tahu pelajar-pelajar di UK lebih arif. Jika ditanya, mereka akan sebulat suara menyokong jika Ireland turut menerima kenaikan elaun. Tambahan, ada pelajar di UK yang pelik kenapa Ireland tak termasuk.

Saya menyampaikan je kekecewaan pelajar-pelajar yang makin bertambah ni. Saya pun ada la menerima tempiasnya. Mungkin dengan berkat usaha melalui KUD, proses menaikkan elaun dapat dipercepatkan. Kami di sini memang punyai semangat patriotik dan cintakan negara! (ini kerana ada yang speculate kami dihukum kerana ramai dr tak balik) saya jawab, sila rujuk NST 14hb ogos kenyataan Prof Dato’ Dr. Mohd Razak dari HUKM, 200 Doktor pelbagai kepakaran berjaya dipujuk pulang.

Saya akan mengarang surat rayuan rasmi KUD untuk dihantar kepada Tok Pa dan juga PM, dan bagi pihak sekretariat saya sangat berharap untuk menyokong tindakan ini dan mohon pertolongan untuk mendapatkan tandatangan sokongan daripada Dato’ Shafie Afdal, Dato’ Dr. Latiff Ahmad, Dato’ Adham Baba, Pn Hjh Ilani, En. Sharif sendiri.. dan mana-mana AJK mahupun sesiapa yang ingin melihat kekecewaan kami ini terubat. Secara terus terang saya sampaikan kami bukan meminta kenaikan tepat 100% ( saya sampaikan juga ini didalam kertas kerja 2005) tapi kami hanya minta kenaikan yang sewajarnya.

Sekian, Harap Simpati

Ruzaimi Ramza Ramli

p/s: saya tahu email ini panjang.. maklumlah hasil perbicaraan seminggu warga pelajar malaysia di sini.. itu pun belum habis lagi perbincangan mengenai isu elaun ini. perenggan terakhir yang penting.. TQ.

Advertisements

One response to “Elaun Pelajar di Ireland

  1. ini email yang dihantar untuk perhatian pihak sekretariat Kelab UMNO Luar Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s