KUD Dublin Week 2007

Dublin Week Banner

i’m currently working on a project which will hopefully bring loads of people to Dublin this october.. visit dublinweek.blogspot.com for a glimpse on what i’m working on now.

Advertisements

4 responses to “KUD Dublin Week 2007

  1. Bos, can kalsom distribute flyers and do some funding? perhaps getting a booth?

  2. of course… but u have to come first… no problem can be arranged.. contact me ruzaimiramza@yahoo.com 353 857084608

  3. Surat Untuk Tuan Presiden.

    Merujuk kepada program Dublin Week KUI yang bakal diadakan, saya mengalu-alukan program seumpama itu bagi memperkenalkan KUI kepada masyarakat dan membantu usaha ke arah menyatukan pelbagai latar belakang masyarakat Malaysia di sini.

    Namun begitu, telah mula kedengaran rungutan ketidakpuashatian daripada pelbagai pihak berkenaan satu mini program Dublin Week iaitu Dublin Gigs. Ramai yang mula mempertikaikan kerelevanan program tersebut dengan semangat penubuhan dan asas pergerakan KUI. Memandangkan ketidakjelasan rupa bentuk Dublin Gigs yang dijalankan, sangatlah baik kalau pihak komiti dapat memberikan gambaran umum berkenaan program tersebut supaya dapat memperlihatkan kerelevanannya kepada masyarakat di sini. Antara contohnya adalah berkenaan pemilihan lagu gigs yang hanya bertepatan dengan tema masyarakat dan negara.

    Saya menyanjung tinggi usaha pihak KUI di bawah kepimpinan tuan presiden dan kebijaksanaan tuan presiden sangat diperlukan bagi memastikan tiada perkara yang kurang enak dapat lagi diperkatakan mengenai KUI dan aspirasi asal KUI dapat diteruskan.

    Salam kepimpinan,
    Ahli Maya KUI

    (Petikan Ucapan Pengerusi Kelab UMNO Ireland di Mesyuarat Agung Tahunan KUI ke 11)

    Kelab UMNO bukanlah bersatuan yang berpolitik, tetapi kita diberikan suntikan dan pengenalan atau PENDEDAHAN kepada SITUASI POLITIK dan MOTIVASI POLITIK. Ini adalah satu pendedahan yang baik kepada para graduan dan rakyat diluar negara dalam memahami perjuangan bangsa Melayu, memahami dan mengetahui peranan bangsa Melayu dan seterusnya sebagai pendedahan kepada realiti kehidupan manusia.

    Buat pengetahuan saudara- saudari, suatu anjakan paradigma telah berlaku sekitar 1995 di Ireland, dan akhirnya pada Oktober 1995 Kelab UMNO Ireland telah ditubuhkan atas penyatuan ahlinya yang terdiri daripada pelajar perubatan dan jurusan lain yang ada pada ketika itu, dalam meneruskan perjuangan dan membela nasib mereka di sini sebagai pelajar. Mungkin juga pada masa itu mereka memikirkan peranan sebagai pelajar dalam survival memartabatkan bangsa Melayu yang lebih kental, baik dari segi pendidikan, ekonomi dan mungkin juga meningkatkan pengetahuan politik dan sosial mereka sekali gus melengkapkan diri berdepan dengan ancaman globalisasi. Ia juga bertepatan dengan Wawasan 2020 yang kini bukan sekadar wawasan tetapi satu kemestian dan tuntutan perjuangan orang Melayu yang mesti diperjuangkan secara konsisten.

  4. terima kasih ahli maya KUI..

    komentar dan pendapat tuan amatlah dialu-alukan. oleh kerana pihak kami masih belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai format ataupun perjalanan dublin gig yang dirancang, saya tidak dapat memberikan penjelasan yang diinginkan.

    Untuk pengetahuan tuan, pihak komiti mengambil kira beberapa isu dan yakin akan tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan.

    Kami sedar dublin gig mungkin tidak berupa majlis intelektual kerana ianya melibatkan persembahan muzik berkumpulan yang saya pasti akan dikawal dan dipantau selia berkenaan dengan pilihan lagu, lirik, tatacara pemakaian pemuzik dan kami juga akan menegaskan kepada peserta supaya tidak menyimpang dari tujuan sebenar majlis ini diadakan.

    Diharap dapat memberi sedikit masa dan peluang kepada pihak komiti untuk menetapkan beberapa guidelines yang penting untuk kelancaran majlis dan tidak terlebih membuat sebarang andaian. Pendirian kami dan status kami masih lagi relevan dengan masyarakat malaysia di sini. kami tidak pernah berkompromi mengenai isu ini, majlis ini hanyalah sebagai satu saluran untuk menikmati muzik ‘live’ secara sihat.

    Saya menerima perbincangan ini dengan hati terbuka memandangkan tuan bijak berbicara dan tidak semberono mengeluarkan hujah dan kata-kata. maaf kepada sesetengah komentar dari pihak-pihak lain yang terlalu personal dan menyentuh isu-isu yang tidak perlu dikomen.

    akhir kata, berilah kami peluang kerana saya percaya tiada niat di hati saya mahupun pihak komiti untuk mengadakan majlis berteraskan perkara-perkara negatif, jauh sekali untuk menggalakkan maksiat. Kami punyai objektif yang spesifik dan ianya pasti positif.

    terima kasih atas pandangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s