Aku ingin pulang..

Tribute to Dr. Ramli Idris (1948-2006)

Tiba-tiba rasa macam rindu sangat nak balik Malaysia. Lebih-lebih lagi selepas melihat iklan raya aidilfitri 2006 petronas. Memang mendalam kesannya pada diri ini yang memang tersentuh melihat perilaku anak terhadap bapa yang dalam penuh penyiksaan. Tiap-tiap tahun, iklan Petronas lah yang dinantikan, tak kiralah iklan kemerdekaan, raya, tahun baru cina ataupun deepavali, tentunya yang terhasil penuh bermakna, tepat dan menyentuh hati sedalam-dalamnya.

Iklan kali ini telah menyentuh perasaan dan membuatku sebak mengenangkan betapa beruntungnya mereka yang masih mempunyai bapa. Kehilangan ayahanda pada 4 Aug 2006 secara mengejut akibat serangan sakit jantung membuatku termenung seketika, apa aku sudah jadi yatim? Baru sekarang terasa sakitnya, susahnya dan sedihnya hati bila tidak berbapa. Apatah lagi bagi mereka yang sudah hilang kedua-dua tempat bergantung serta menumpang kasih.

Bagiku, semua ini ketentuan Ilahi. Memang aku sedar dan redha dengan pemergiannya walaupun jika diberi pilihan aku inginkan kejayaanku, hari-hari mendatang yang bakal ditempuhi dapat dikongsi bersamanya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dirahmati Ilahi. Kehilangannya menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan menghargai apa yang aku miliki. Walau dia tiada dimata, namun aku takkan melupakannya hingga ke hembusan nafas terakhirku. ~Al-Fatihah~

RRR: Patutlah rakan-rakan menghalang untuk melihat iklan tersebut ketika hari raya yg lepas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s