Malaise Malays..

Bangsa melayu sering dikaitkan dengan maksud negatif seperti malas, mudah lupa dan sebagainya. Tafsiran tersebut seakan-akan sudah sebati dalam darah daging insan bergelar Melayu. Tulisan ini hanyalah bertujuan untuk menjadi medium bagi penulis untuk bermuhasabah diri serta mengingatkan kawan-kawan supaya tidak terus hanyut bersama gelaran yang sudah sinonim bersama nama Melayu.

Malaysia oh Tanahairku

Dalam meniti hidup sehari-hari di bumi orang, rindu pula pada suasana terik matahari, hujan tropika lebat mencurah, serta deruan angin pantai yang membawa ombak memukul pantai. Benar pepatah melayu yang mengatakan “Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri”. Bersetuju dengan kata-kata Mr Karam Singh baru-baru ini. There’s no place like home, there’s only one Malaysia. Tanah tumpah darahku.

Setelah hampir 3 tahun berada di Dublin, rasanya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan masyarakat ‘Mat Salleh’ di sini yang dipuja-puja ramai. Meluat pun ada melihatkan kebergantungan anak-anak muda tempatan yang seakan-akan ketinggalan dan disisihkan jika tidak minum arak secara berlebihan, tidak mengamalkan gaya hidup sehedonistik mungkn. Apakah ini yang anak-anak muda Melayu kita ingin contohi. Maka terjerumuslah kita bersama mereka yang leka.

Melayu mudah lupa

Sudah lupakah kita, Malaysia baru sahaja hampir 50tahun mendapat kemerdekaan daripada dijajah kuasa-kuasa asing. Kemerdekaan sekarang yang dibesar-besarkan adalah sambutannya sahaja. Untuk apa? Tambah melalaikan golongan remaja pewaris kepimpinan negara sahaja. Mungkin sambutan itu perlu tapi jika sederhana sahaja dari segi skala sambutan serta perbelanjaan kewangan adalah lebih elok. Lebih sesuai jika diadakan majlis kesyukuran besar-besaran sebagai tanda bersyukur atas kemerdekaan dan juga memperingati nyawa-nyawa perajurit dan pejuang bangsa yang terkorban dalam mendapatkan kemerdekaan tanahair. Apa erti kemerdekaan pada masyarakat sekarang? Malam 31 august berkumpul beramai-ramai di Dataran Merdeka, anak muda memperagakan pakaian ala-barat, mat rempit mempamirkan kebolehan menunggang motosikal secara ekstrem, menari hingga ke pagi dengan diiringi lagu-lagu yang nyata melalaikan. Kemudian bersepahlah anak-anak muda bergelimpangan di lantai surau, eskalator, dan pelbagai tempat lagi bermalam setelah kepenatan menikmati ‘makna’ kemerdekaan.

Tanah berdaulat, minda masih dijajah

Neo-kolonialisme, tanpa kita sedari telah menjadi barah dalam masyarakat. Materialisme sudah menjadi satu syarat penting hidup. Dalam era teknologi maklumat yang sedang berkembang pesat, mudah sekali untuk mempengaruhi minda masyarakat terutamanya anak-anak muda melalui muzik, fesyen dan sebagainya. Sebenarnya bukan hendak dihalang unsur-unsur tersebut, tetapi jika semuanya ‘in moderation’ tidak jadi masalah.

Cabaran kita adalah untuk menyiapsediakan minda masyarakat muda Melayu supaya apabila datangya anasir-anasir ini, mereka dapat menapis, memilih dan juga mengatur supaya segala bentuk propaganda neo-kolonialisme ini tidak akan menjejaskan integriti masing-masing. Contohnya, Tun Mahathir dari awal lagi sudah bersedia dari segi mental akan kejatuhan ekonomi dunia yang disebabkan oleh penyangak matawang George Soros.
Jika tidak sudah tentu nasib kita tidak ubah seperti Indonesia yang ditekan IMF.

Melayu tetap Melayu

Bangsa melayu akan terus menjadi bangsa melayu. Tetapi kita tidak arif mengenai Melayu yang sebenarnya. Bangsa kita bangsa berdagang, berdikari dan berpengaruh. Lihat sahaja kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka, sampai ke Cina membawa pengaruh dan berdagang. Melayu memang dilahirkan sebagai bangsa yang berkebolehan dalam menjadi kuasa politik yang besar. Hanya jika kita berubah dari sekarang.

Tulisan ini hanyalah luahan hati penulis, yang ingin melihat bangsa melayu dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Jika korupsi, rasuah, gejala sosial dibiarkan berleluasa, penulis pasti bangsa melayu masa hadapan TIDAK akan lupa bagaimana bangsa bernama Melayu ini jatuh dan tidak akan mampu untuk bangkit lagi.

Advertisements

One response to “Malaise Malays..

  1. melayu memang mudah lupa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s