Biar berotak, bukan jadi macam otak! ~ Ref Malaysiakini

February 12, 2009

brainSudah menjadi tabiat yang sebati dalam diri penyokong-penyokong fanatik sesebuah parti politik, jika dengar sahaja kenyataan ataupun fakta yang tidak memihak kepada mereka, yang tidak enak didengari oleh telinga mereka, cepat sahaja mereka melatah.

Sedikit fakta perubatan, organ yang paling ‘bijak’ dalam badan manusia adalah organ yang paling ‘bodoh’ apabila bertindakbalas terhadap sesuatu kecederaan (insult), apakah organ tersebut? Ianya adalah otak.

Otak hanya mampu untuk ‘mengembang’ sebagai respon kepada sebarang kecederaan, lama-kelamaan tekanan dalam tempurung kepala akan meningkat dan akan menyebabkan kerencatan pada fungsi otak. Begitulah organ yang paling kompleks dan ‘bijak’ dalam badan kita bertindak.

Serupa juga, apabila kita mendengar sesuatu keputusan yang tidak memihak kepada kita, kita terus memberikan respon yang negatif berulang-ulang kali, seperti contoh caci-maki, hina-menghina, dan menghamburkan kata-kata kesat dan juga fitnah, sikap kita tidak ubah seperti otak. Lama kelamaan, kita akan lemas dalam aura negatif yang terhambur daripada diri kita sendiri.

Asas penubuhan negara kita terletak pada kesediaan pengasas negara untuk duduk semeja dan mengenepikan segala pertelingkahan untuk mencapai satu cita-cita yang sama.

He (Tunku Abdul Rahman) declared his pride in the way “we have created Malaysia through friendly argument and compromise. The spirit of co-operation and concord is living proof of the desire we share for a common destiny.” This spirit he called the very “basis of Malaysia” and its “augury for the future.”

Excerpt from article UMNO now and then, www.razaleigh.com

Sudah lenyapkah perdebatan sihat dikalangan kita, adakah sekarang tanggapan hollier than thou mengatasi kewarasan pertimbangan akal masing-masing? Setiap hujah yang tidak enak didengari kita buang jauh-jauh tanpa meneliti akan kebenaran hujah tersebut.

Malaysia akan berada dalam kerugian jika sekiranya masing-masing ingin bertelagah, tidak kiralah apa pegangan politik yang dibawa sekalipun, jika kita masih meletakkan diri dalam ‘tempurung kepala’ yang sempit itu. Think outside the box, sudah letih pakar motivasi menerangkan konsep tersebut.

Berotak tak bermakna menjadi seperti otak.