ReminisceRespondRelax

Bukang Abang Mat, Bukang Azmang ~ Ref Malaysiakini

January 1, 2009 · 1 Comment

benderapaspetak1PAS pilih calon luar kotak

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/1/mstar_mutakhir/20090101225516&sec=mstar_mutakhir

Abdul Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) jadi pilihan PAS untuk lawan Wan Farid. Tamat sudah pertelingkahan antara puak Erdogan dan puak Ulama’ dalam PAS, yang masing-masing mengetengahkan calon pilihan yang dekat di hati masing-masing.

Walau bagaimanapun, kuasa di tangan Presiden PAS, Haji Hadi Awang telah memilih bukan Muhammad Sabu, ataupun calon favourite pilihan bloggers, Syed Azman. Sebaliknya Abdul Wahid Endut, yang mungkin pada sesetengah orang (saya sudah diberi hint oleh seorang rakan), satu keputusan yang tidak dijangka-jangka.

Now the game is on, Wan Farid akan bertembung dengan Wahid Endut. Di harap kempen pilihanraya akan diwarnai isu-isu politik yang akan menggambarkan kematangan politik tanahair seperti yang digembar-gemburkan. Walaupun, sudah ada tohmahan yang dilemparkan keatas calon BN, Wan Farid melalui gambar beliau yang sedang berkaraoke bersama ahli keluarga.

Kenapa Wahid Endut? Calon pertengahan yang dipilih? Adakah perebutan antara dua pihak dalam PAS sudah terlalu kritikal? Atau sekadar ingin menunjukkan bahawa Presiden mempunyai kuasa menentukan apa yang terbaik buat parti. Mungkin juga sebagai membuka mata ahli PAS yang berpresidenkan Anwar dan bukan Hj Hadi.

Jauhi politik murahan, jika BN yang mencanangkan keburukan lawan melalui fitnah, busuk nama Melayu dan Islam. Jika PAS yang menjuarai perang fitnah, caci-mencaci ini, buruklah agama Allah.

Seperti kate orang ganung, bukang Abang Mat (Oghang luor), Bukang Syed Azmang (YB Batu Bughok), tapi kejutang, takde sape jangke.

p/s: Wakaf Mempelam, aku pernah pancing Ikan Haruan kat sawah tepi rumah saudara disitu.

http://malaysiakini.com/news/95524

Selamat berdemokrasi!

Categories: Uncategorized
Tagged: , , , , , , ,

New Year 2009 and 1430H

January 1, 2009 · Leave a Comment

Happy New Year. 2009 and 1430H

Categories: Uncategorized