Menteri naik ERL ke Pejabat

Tracking the system: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA.
Ketua Menteri guna ekonomi kelas
Source: http://mrmanager.blogspot.com/2008/05/have-you-seen-chief-minister-sit-in.html
Elaun keraian anggota kabinet dikurangkan 10%
PUTRAJAYA 9 Jun — Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Mengumumkan langkah-langkah penjimatan yang akan menjimatkan RM2 bilion setahun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.
Abdullah berkata penjimatan itu termasuk membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
Sebelum ini, kumpulan itu menikmati cuti dibayar oleh kerajaan ke mana-mana destinasi sekali setahun.
Sumber: Bernama, Utusan Online
Elaun PM, Menteri dipotong 10%
Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.
Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.
Langkah penjimatan itu termasuk:
membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
mengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.
melarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.
membekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara.
Abdullah berkata perjalanan ke luar negara hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting atau mesyuarat di antara kerajaan.
Tambahnya, pegawai yang hadir hendaklah mereka yang terlibat secara langsung dan pegawai kementerian dan jabatan tidak melebihi tiga orang.
Seorang menteri layak membawa tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara, kata lagi, sementara timbalan menteri membawa dua pegawai sahaja.
Perdana menteri juga berkata kerja penyelenggaraan aset sedia ada hendaklah secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan.
Tambahnya, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi, jika perlu, dihadkan kepada buku, kraftangan tempatan atau produk makanan tempatan.
Sumber: Malaysiakini
MELAKA 10 Jun – Kerajaan negeri Melaka turut mengambil langkah mengurangkan elaun keraian bagi Ketua Menteri, Speaker, Exco-exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) 10 peratus mulai 1 Julai ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah tersebut bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri dalam menangani kesan kenaikan harga minyak.
Menurut beliau, ketika ini elaun keraian bulanan bagi Ketua Menteri ialah sebanyak RM5,500, Speaker dan Exco masing-masing RM1,000 manakala semua ADUN BN pula sebanyak RM250.
‘‘Dengan pengurangan ini bermakna elaun keraian bagi Ketua Menteri dipotong sebanyak RM550, Speaker dan Exco masing-masing sebanyak RM100 dan ADUN sebanyak RM25 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
Pahang – Potong elaun, gaji sebanyak 30%
KUANTAN 10 Jun – Kerajaan Pahang bersedia memotong sehingga 30 peratus elaun keraian anggota Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menjimatkan perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau akan membentangkan cadangan tersebut pada mesyuarat Exco kerajaan negeri esok.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya akan meminta persetujuan daripada kerajaan Pusat sebelum melaksanakan langkah tersebut.
‘‘Dari segi kemampuan, kita di sini bersedia mengurangkan sehingga 30 peratus elaun keraian, berbanding Kuala Lumpur yang kos hidupnya tinggi, jadi saya rasa potongan 10 peratus untuk peringkat Persekutuan memang wajar.
‘‘Namun kerajaan negeri perlu dapat persetujuan kerajaan Pusat sebelum melaksanakan langkah ini, kita tak mahu dilihat membelakangkan kerajaan Pusat, kita juga tak mahu dianggap popular kerana sedia potong sampai 30 peratus elaun keraian,’’ katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran laluan Kuala Lumpur-Kuantan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
Abdul Taib berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini tentang pemotongan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat 10 peratus.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ini sebagai langkah berhemat dalam berbelanja serta berkongsi masalah yang ditanggung oleh rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga minyak dan barangan.
Abdul Taib yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengejutkan berkata, dengan cara itu ia menyekat perbelanjaan dari terus bertambah dan pada masa yang sama mengamalkan perbelanjaan berhemat.
Sumber: Utusan Online
Terengganu – Potong elaun, gaji sebanyak 10%
KUALA TERENGGANU 10 Jun – Kerajaan Terengganu mengumumkan pemotongan elaun keraian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) 10 peratus sejajar keputusan Kerajaan Pusat memotong elaun berkenaan di kalangan anggota Kabinet.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemotongan elaun keraian berkenaan yang melibatkan Menteri Besar, Exco dan Timbalan Exco akan berkuat kuasa mulai bulan ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga minyak.
‘‘Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dengan apa yang berlaku terhadap rakyat ekoran kenaikan harga minyak, kerajaan negeri bersetuju memotong elaun keraian Exco 10 peratus sejajar keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri yang mengambil tindakan yang sama,” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis perasmian penutup Sukan Malaysia (Sukma) XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak di sini.
Sumber: Utusan Online
Kelantan – Wakil Rakyat PAS potong 25% elaun
TUMPAT, 10 Jun – Mungkin bagi pemimpin Umno pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.
Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus sejak 18 tahun lalu. Itu belum lagi diambil kira potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.
Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.
“Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Pasir, hari ini.
Sumber: Harakahdaily
June 11, 2008 at 3:50 pm |
Saya merasakan, kakitangan kerajaan harus menunjukkan terladan yang baik agar rakyat tidak merasakan kesenseraan yang semakin meningkat dia bumi malaysia yang dicintai ini. Agar tindakkan ini menunjukkan ketulusan dan perihatin kerajaan terhadap masalah ekonomi dan kesusahan rakyat sejata.
Saya berharapan agar kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa penentu masa depan negara, dapat membuat keputusan yang bernas dalam pemilihan tunggak pentabiran negara ni, sama ada bersama barisan nasional atau pakatan rakyat yang masing masing menunjukkan kelebihan dan prihatin terhadap masalah rakyat.
Mari kita mengundi.
June 12, 2008 at 12:41 pm |
potong la harga minyak jgk! :p
June 12, 2008 at 1:30 pm |
Sebenarnya bagi pendapat aku, jikalau harga minyak hari ini untuk mengekalkan kesenangan di generasi akan datang, patutlah kerajaan menaikkan gaji pekerja-pekerja di Malaysia akan mengimbangi kembali belanjawan kewangan kerana barangan sudah dan akan naik.
Persoalan ke mana duit elaun yang dipotong, untuk ke rakyat, ke mana?
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
June 12, 2008 at 3:52 pm |
Spain nampaknya mengganas membelasah Russia 4-1 dengan Villa 3 bijik dan Frabegas 1 ..
June 13, 2008 at 8:39 am |
Datang ke blog saya utk pic protes kenaikan harga minyak 13 jun
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
June 13, 2008 at 9:20 am |
khairil azuar.. nak jadikan blog ni tempat iklan awak ke?
June 15, 2008 at 7:08 am |
[...] Tracking the system: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA. Source [...]
June 15, 2008 at 7:10 am |
I like to know about Datuk Shahrir and Lim Guan Eng
June 17, 2008 at 6:54 am |
[...] Tracking the system: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA. Source [...]