Semasa Malaysia tengah sibuk membincangkan isu kenaikan harga minyak yang merisaukan rakyat seluruh negara termasuk yang berada di luar negara pun, DAP masih lagi dengan kepala dogolnya sendiri. Central Executive Committee (CEC) DAP yang bersamaan dengan Majlis Tertinggi (MT) dalam UMNO dan telah mengeluarkan satu surat menasihati empat ADUN DAP yang menang di Johor supaya TIDAK memakai songkok pada perasmian Dewan Undangan Negeri Johor yang akan dihadiri oleh Sultan Johor. Laporan mengenai kenyataan CEC tersebut telah diterbitkan dalam akhbar The Star Online yang bertajuk To Wear or Not To Wear.
Perihal Songkok
Songkok adalah pakaian tradisi Melayu yang telah diguna pakai semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sudah lama penduduk berbangsa Melayu memakai songkok terutamanya di acara yang melibatkan Sultan, dan budaya ini diamalkan turun temurun semenjak sebelum zaman penjajahan British lagi. Seringkali ramai keliru dengan pemakaian songkok dan selalunya songkok ini disalahertikan dengan tanggapan songkok melambangkan agama Islam. Songkok adalah budaya bangsa Melayu yang beragama Islam, dan ianya bukan budaya Islam yang beragama Melayu. Read the rest of this entry »
Posted by ruzaimi ramza