Apabila anak muda mula menjauhi UMNO

June 2, 2008

Baru-baru ini Pemuda UMNO Malaysia telah mengumumkan penubuhan 6 buah sekretariat bagi tujuan menangani serta meraih kembali sokongan daripada golongan Melayu yang kini telah berpecah belah kepada tiga mazhab politik yang utama iaitu UMNO, PAS, dan PKR. Penubuhan sekretariat-sekretariat ini adalah satu langkah yang bukanlah proaktif, tetapi responsif kepada perkembangan semasa politik tanahair yang menunjukkan kejatuhan populariti UMNO di mata masyarakat berketurunan Melayu di Malaysia. Salah satu sekretariat sementara yang diumumkan adalah Sekretariat Peremajaan UMNO yang dipengerusikan oleh Saudara Harrison Hassan. Di ketika pasca kekalahan terbesar dalam sejarah politik UMNO, sekretariat ini bakal mendepani cabaran dan halangan yang mana kejayaan mahupun kegagalan sekretariat ini akan menentukan jatuh bangun UMNO dalam jangka masa dua hingga tiga penggal persidangan dewan rakyat yang akan datang.

Saya percaya dahulu jika sebut sahaja nama Pemuda UMNO, ada semacam satu aura yang dibawa bersama dalam setiap bantahan, kenyataan media dan juga pada setiap pendirian yang diambil salah satu daripada 3 sayap utama parti UMNO ini. Apabila sesuatu isu besar melanda negara, pandangan umum akan tertumpu kepada apakah bentuk pendirian yang akan diambil generasi pewaris kepimpinan negara ini. Namun begitu, saya juga percaya aura ini tidak timbul dengan sendirinya, tidak wujud ekoran ketebalan poket pemimpin-pemimpin Pemuda tetapi sebaliknya aura ini berlegar di sebalik nama Pemuda kerana ketegasan serta kesetiaan setiap ahli Pemuda kepada gagasan perjuangan parti, dan dasar kerajaan persekutuan demi menjuarai nasib serta agenda Agama, Bangsa dan Negara. Persoalannya, Apakah yang menyebabkan aura ini semakin hari semakin menyusut? Read the rest of this entry »