Berikut adalah petikan-petikan surat dan luahan daripada ruangan forum Utusan Malaysia yang melibatkan profesyen perubatan di Malaysia. Isu yang dibincangkan adalah mengenai ketidakpuasan hati segelintir pengamal-pengamal perubatan yang berkhidmat di dalam kerajaan. Kita perhatikan dan cuba menyingkap permasalahan yang timbul serta mungkin boleh direnungkan bagaimana caranya untuk memperbaiki mutu tahap perkhidmatan kesihatan di negara kita. Read the rest of this entry »
Mungkin sudah tiba masanya Mahasiswa kembali main peranan
May 29, 2008Setelah sekian lama mahasiswa di’diam’kan atau memilih untuk terus berkecuali dalam perkembangan politik semasa tanahair, mungkin sekarang adalah masa paling sesuai untuk suara mahasiwa kembali didengari sebagai kumpulan pendesak utama kepada kerajaan. Apabila media pembangkang sudah menjadi media spekulasi dan fitnah, media arus perdana yang pro-kerajaan masih dengan mood kempen pilihanraya, dan blog-blog online menjadi medan tohmahan, cacian serta maki hamun tidak bertulang, mungkin risalah suara mahasiswa yang ikhlas dan padu akan menjadi alternatif terbaru untuk memastikan negara dipacu kearah wawasan 2020.
Peranan Mahasiswa
Pelbagai cara yang boleh dimainkan oleh mahasiswa tidak kira yang berada di dalam mahupun luar negara. Penulisan melalui blog adalah satu daripadanya. Namun yang lebih penting adalah menyuburkan kembali perbincangan-perbincangan kumpulan kecil yang menjurus kepada isu-isu semasa dan perkembangan terkini agenda politik, isu sosial dan halatuju ekonomi Malaysia. Agak sukar untuk tidak memihak kepada sesuatu pihak didalam sesuatu debat ataupun diskusi berkumpulan, namun hilang matlamat untuk berdebat jika semuanya hanya menyokong satu pihak sahaja. Walaubagaimanapun, yang disokong adalah dasar dan perlaksanaan dan bukan fizikal sesuatu parti politik itu, dan pendekatan inilah yang harus ditanam didalam minda setiap mahasiswa untuk menjadi pendesak utama pemerintah. Read the rest of this entry »
Antara dua parti: UMNO lebih baik buat Ezam
May 28, 2008

(gambar dari agendadaily.com)
Mungkin ramai peminat-peminat politik tanahair yang menantikan pengumuman mengenai desas-desus keputusan Ezam Mohd Noor untuk kembali ke arena politik. Khabar angin ini kuat bertiup setelah Dr. Mahathir meninggalkan UMNO. Samada keputusan Ezam ada berkaitan dengan keluarnya Tun daripada UMNO, saya berpendapat ianya mungkin hanyalah sesuatu yang tidak berkaitan serta tidak dirancang. Pastinya, perkembangan terbaru ini telah sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi serta reaksi daripada pelbagai jenis manusia.
Tersiar sahaja berita ini, kita boleh melihat komen-komen dari penyokong PKR yang memaki hamun bekas ketua Angkatan Muda PKR ini, yang juga merupakan penaja utama parti Keadilan Nasional (kini PKR). Jika inilah respon dan reaksi daripada akar umbi PKR terhadap ‘pemergian’ saudara Ezam ini, maka tepat lah keputusan beliau itu. Dan ternyata reaksi daripada UMNO pula mungkin sedikit berbeza dan lebih berhati-hati dari segi pendekatannya. Hishamuddin Hussein, selaku ketua Pemuda UMNO meletakkan 3 soalan untuk dijawab Ezam sebelum diterima masuk menyertai UMNO. Read the rest of this entry »
Daddy’s boy
May 25, 2008I reminisce, my journey to Trinity College Dublin was not as simple as one might think. I was not even in Ireland bound group before when I was in my preparation college. We have too big a number to be given an equal chance or free choice to any countries that we would like to go, therefore we are placed in groups based on possible countries we might fly in to, for example Aussie-NZ bound, UK bound, and Ireland bound. I chose to be placed in UK bound, too much EPL i guess, that makes me think UK is the ‘right’ choice. I had given my best (maybe) to get a place in one of 4 UK universities that I applied to. Those 4 universities were Newcastle Upon Tyne, Aberdeen, Liverpool and I couldn’t remember the last one. All in all, I couldn’t imagine how much effort i put up to get a place and to be told that none of my applications UCAS successful. Read the rest of this entry »
Ezam: UMNO atau PAS? Kenapa bukan PKR?
May 22, 2008Berita ini telah diterbitkan melalu ruangan akhbar the star online, iaitu tulisan Joceline Tan, nama yang tidak asing lagi dalam arena kewartawanan. Laporan tersebut boleh diakses di sini.
Dan berikut adalah link-link kepada komen dan pandangan beberapa politikus tanahair. Sumber adalah daripada Utusan Malaysia, Malaysiakini.com, KLPos.com, the star online dan beberapa website politik tanahair.
UMNO: Ezam sahkan minggu depan
Ezam dialu-alukan masuk UMNO
Wan Azizah: Keputusan Ezam ‘aneh’
Setelah menyepi beberapa tahun daripada politik arus perdana tanahair, Saudara Ezam Mohd Noor yang mempunyai bukan sahaja gaya ceramah yang sama seperti mentornya Anwar Ibrahim, tetapi juga suara dan mimik muka yang tidak kurang bezanya. Maka, ketika Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara selama 6 tahun, suara anak muda inilah yang menjadi ‘pengubat rindu’ buat penyokong-penyokong setia Anwar Ibrahim, jika sekilas kita mendengar ceramah-ceramah beliau, sudah tentu disangka Anwar Ibrahim yang sedang memberikan ucapan. Read the rest of this entry »
Posted by ruzaimi ramza
Posted by ruzaimi ramza
Posted by ruzaimi ramza