Pada pagi ahad 10 Nov 2007 iaitu pada hari-hari terakhir penulis berada di Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang ke Dublin, terdetik niat untuk turun ke Seri Kembangan atas urusan dan untuk membuat pembelian saat-saat akhir untuk dibawa bersama ke Dublin. Bagai luruh jantung penulis apabila melihat susunan kenderaan yang berasak-asak, lebih perlahan daripada kelajuan si kura-kura menghala ke plaza tol Sungai Besi. Kesesakan dianggarkan sepanjang 10km. Secara otomatik, perkara pertama yang terlintas di minda adalah mengeji dan mengutuk demonstrasi BERSIH yang dirancang oleh sebuah NGO. Belum sempat lagi untuk mempertimbangkan kewajaran dan keperluan mereka berdemonstrasi melalui pemikiran yang rasional, kemarahan dan kekecewaan telah menguasai diri tatkala penulis semakin kesuntukan masa untuk menikmati hari terakhir berada di tanahair yang tercinta. Read the rest of this entry »
Quotes Collection
November 26, 2007This post is dedicated to gather quotes that has been displayed in this blog. It will be constantly updated and edited.
1. Difficulties strengthen the mind, as labor does the body.
- Seneca: Roman dramatist, philosopher, & politician (5 BC – 65 AD)
2. ‘We are all born mad. Some remain so.’
- Samuel Beckett , Irish Famous Author
3. Takkan Melayu Hilang di Dunia
- Legenda Hang Tuah
4. The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.
- Martin Luther King Jr.
5. Bukan kecil tugas kita.
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita.
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
- Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4
6.We can have ten good leaders that take us to the greatest heights, but with weak institutions we need only one bad leader to destroy all the achievements that we have obtained.
- Khairizul Rizuan UKEC President 2008/09
Ekspatriat: Hak Rakyat, Tanggungjawab kita
November 25, 2007Seringkali golongan pemuda-pemudi Malaysia yang mendapat peluang untuk belajar ataupun bekerja di luar negara di sogok dengan hamburan pujian dan harapan tinggi menggunung yang mengatakan kita bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan dan akan terlibat secara aktif dan langsung dalam memacu ekonomi negara pada tahun-tahun mendatang. Sebagai contoh lebih 10 000 warganegara Malaysia berada di United Kingdom manakala lebih 2 500 sedang menuntut ataupun berkhidmat di Ireland. Masing-masing mempunyai kepakaran dan potensi yang besar dalam bidang yang diceburi diantaranya perubatan, perdagangan, bidang perakauanan, ekonomi, politik dan lain-lain. Maka tidak hairanlah jika BBC UK menggelar kita harimau ekonomi rantau Asia Tenggara! Persoalannya adakah golongan ekspatriat ini maklum dan sedar akan tanggungjawab dan harapan yang telah diletakkan di bahu masing-masing? Apakah pendirian kita terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam negara? Read the rest of this entry »
Boleh-land is a Psycho-land??
November 22, 2007Di petik daripada UTUSAN MALAYSIA 22 Nov 07
Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental
SUNGAI PETANI 22 Nov. – Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
RRR: 16% daripada 26 juta adalah sama dengan 8 orang daripada 50 orang mengalami sakit mental! Ini bukan sahaja membimbangkan tapi dah ditahap bahaya. Ini bukan modal insan yang kita mahukan.
Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. Read the rest of this entry »
Next stop.. Malaysia
November 21, 2007It happened in Thailand, same goes to Myanmar, then Pakistan, next.. Malaysia!! (not in chronological order)
Err… Emm… Seriously i don’t know how to start this scribbles. I am utterly dissapointed and appalled with the way ‘WE’ are handling our internal political issues. Having said that, I’m not putting any blame onto the Government, neither do I want to say bad things about the opposition. Back to the meaning of democracy (if u guys still think it is still the applied meaning of democracy) it is a government of the people, chosen by the people. And who should be held liable for all these massacres, misconceptions, misunderstandings and numerous misleading informations? THE PEOPLE! MALAYSIANS!
Posted by ruzaimi ramza
Posted by ruzaimi ramza
Posted by ruzaimi ramza