A’kum sekali lagi…
Harap email ini dapat dibaca juga oleh En. Shariff. Pertama sekali pada petang hari jumaat selepas pembentangan budget 2008 dilakukan oleh YB PM yang kami kasihi tempoh hari, terukir senyuman dalam ketidakpastian di bibir-bibir pelajar-pelajar tajaan kerajaan di Ireland. Ini kerana nama-nama negara yang disebut terlibat dengan kenaikan elaun hingga 97% adalah UK, USA dan Canada tetapi tidak Ireland. Ramai dikalangan kami yang optimis kerajaan telah meletakkan Ireland bersama UK pada mulanya. Namun apabila difikirkan kembali, takkan lah kerajaan kita yang sudah 50 tahun merdeka tidak tahu Republic of Ireland lebih dahulu merdeka dari jajahan British. Maka kami keliru dan dalam keadaan curious. Read the rest of this entry »
Posted by ruzaimi ramza 
Posted by ruzaimi ramza