Perjuangan Yang Belum Selesai

May 14, 2007

Berkali-kali video ni dimainkan.. Seakan-akan ada lagi mesej yang cuba disampaikan tetapi tak dapat diungkaikan hanya dengan sekali dengar sahaja. Jarang sekali kita dengar orang berumur menangis di hadapan orang ramai. Adakah hanya menagih simpati? ataupun memang tulus dari hati?. Walau apapun ada segelintir antara kita yang mahu berbangga dengan ego diri tidak akan menitiskan air mata walau setitis.

Bangsa Melayu bangsa yang sungguh unik dan kreatif. Tidak perlu artikel panjang berjela untuk sampaikan mesej dan pandangan. Cukup dengan sajak beberapa baris. Sungguh menyentuh perasaan dan menyedarkan golongan-golongan yang masih lagi lena dibuai ‘hadiah’ kemerdekaan. Bangsa Melayu bukan kecil hati dan jiwanya…. Bagai tamparan hebat di pipi-pipi Melayu yang lembut, tidak seperti pipi kasar datuk-nenek kita yang bermandikan lumpur dan darah berjuang untuk kemerdekaan.

Renungkanlah…


Nabi Melayu? Apa sudah jadi?

May 14, 2007